Tergamak! Suami isteri guna khidmat 'e-hailing', hantar beg berisi mayat bayi lelaki. ‘Saya cuma terima RM4...'

Iklan

BARU-baru ini, tular satu kisah menyayat hati dari Kota Medan, Indonesia yang mengundang sebak warga maya.

Iklan
Iklan

Seorang penghantar barang terpaksa berdepan detik cemas yang tidak dapat dilupakan, seolah-olah mimpi ngeri dalam kehidupan sebenar.

Kejadian berlaku pada awal pagi Khamis, ketika lelaki yang dikenali sebagai Yusuf Ansari menjalani rutin harian seperti biasa dengan menerima tempahan penghantaran daripada seorang pelanggan bernama Rudi.

Iklan

Tanpa melengahkan masa, Yusuf yang berusia 35 tahun itu terus menuju ke lokasi pertama untuk mengambil barangan yang ingin dihantar kepada penerima.

Sebaik tiba di lokasi pengambilan, Yusuf mendapati pelanggan bernama Rudi tidak bersendirian, sebaliknya ditemani oleh seorang wanita.

Iklan

Seperti kebanyakan rider lain, Yusuf tanpa banyak soal mengambil sebuah beg yang dikatakan berisi pakaian dan menerima bayaran sebanyak RM4, sebelum meneruskan penghantaran kepada seorang individu bernama Putri di Jalan Kapten Muchtar Basri, Kecamatan Medan Timur.

Namun sebaik tiba di lokasi yang dituju, Yusuf mula berasa hairan apabila mendapati tempat itu bukanlah sebuah kediaman seperti yang disangka, sebaliknya sebuah masjid yang terletak di kawasan tersebut.

Lebih menghairankan, Putri langsung tidak muncul di lokasi seperti yang ditetapkan. Namun, ketika dihubungi, dia hanya meminta agar bungkusan tersebut diserahkan kepada penjaga masjid tanpa memberikan perjelasan lanjut.

Putri juga memutuskan panggilan dan tidak dapat dihubungi lagi selepas itu.

Malangnya, kelibat penjaga masjid juga tidak kelihatan ketika itu. Enggan bertindak melulu, Yusuf mengambil inisiatif bertanya kepada penduduk sekitar. Namun hampa, tiada seorang pun mengenali wanita bernama Putri seperti yang dimaksudkan.

Keadaan yang semakin mencurigakan membuatkan Yusuf akhirnya nekad membuka beg tersebut. Apa yang ditemui di dalamnya benar-benar mengejutkan semua orang.

Bukan pakaian seperti yang dimaklumkan, sebaliknya tersembunyi mayat seorang bayi lelaki yang tidak bernyawa yang ditutupi kain.

Kejadian itu segera dilaporkan kepada pihak berkuasa. Namun sehingga kini, tiada sebarang maklum balas atau tangkapan dibuat oleh pihak polis.

Hal ini menimbulkan persoalan dalam kalangan orang ramai, apakah sebenarnya yang telah berlaku?