BERTUAH badan! Itu perkatan terpacul daripada mulut penulis. Tidak seperti kebanyakan menantu, bekas pelakon Hong Kong ini lain halnya, menerima pemberian yang cukup lumayan!
Masakan tidak, bekas aktres Cathy Chui atau juga dikenali sebagai Cathy Tsui hadiah mewah bernilai lebih HK$2 bilion (kira-kira RM1.1 bilion) daripada bapa mentuanya, hartawan Lee Shau Kee, sebelum lelaki itu meninggal dunia pada 17 Mac lalu.
Selepas berkahwin dengan Martin Lee Ka-Shing pada 2006, Cathy merupakan menantu perempuan tunggal dalam keluarga mentua dan melahirkan melahirkan empat cahaya mata dari tahun 2007 hingga 2015.


Beliau menerima hadiah istimewa berupa dana pendidikan HK$50 juta (kira-kira RM27.2 juta), tanah bernilai HK$1.82 bilion (kira-kira RM1 bilion), kapal layar mewah HK$110 juta (kira-kira RM59.9 juta) dan sebuah banglo.
Memetik NDTV, Cathy yang diberi jolokan 'hundred-billion daughter-in-law' oleh tabloid tempatan dihadiahkan pemberian yang lumayan atas kepercayaan terhadap peranan penting jelitawan itu dalam keluarga dan dunia perniagaan elit Hong Kong.
Artikel berkaitan:
- Nafkah RM2.1 juta sebulan, ada 16 pembantu, wanita isteri bilionair hanya perlu berdandan cantikkan diri
- 5 bilionair wanita ‘self-made’ terkaya di dunia, taikun hartanah paling top dengan RM50.49 bilion
- Harta RM5.74 bilion pada usia 25 tahun, bilionair wanita termuda hanya beli kereta terpakai
- 7 wanita terkaya dunia 2022, taikun kosmetik paling top dengan RM329.31 bilion
Imbas kembali pada 2015, ketika Cathy melahirkan anak keempat, bapa mentuanya mengedarkan lebih HK$15 juta (kira-kira RM8.14) juta dalam angpau kepada pekerjanya.
Cathy, 43, terdahulu terkenal pada era 2000-an dengan dengan peranannya dalam filem Time and Tide, When a Man Loves a Woman dan The Saving Hands.
Sehingga Februari, Forbes menyenaraikan bapa mentuanya, Lee Shau Kee sebagai lelaki kedua terkaya di Hong Kong dengan nilai bersih AS$29.2 bilion (RM124.03 bilion).
Bilionair itu meninggal dunia pada usia 97 tahun pada 17 Mac, seperti yang diumumkan dalam kenyataan akhbar oleh syarikatnya Henderson Land Developmend.
Sumber: NDTV