KALAU tak boleh ke Paris, biar Paris datang kepada anda! evian® kini bawakan pengalaman penuh pesona kota cinta itu terus ke tangan anda melalui koleksi edisi terhad terbaharunya, ‘Live Paris, Live Young’.
Bukan sekadar botol air mineral, tetapi satu karya seni yang meraikan keanggunan, semangat muda dan gaya hidup Paris yang penuh jiwa!
Bayangkan, setiap tegukan evian® yang menyegarkan kini datang dengan sentuhan ilustrasi eksklusif hasil kolaborasi bersama Kanako Kuno, artis Jepun yang berpangkalan di Paris.
Dari pejalan kaki santai di tepi Sungai Seine, ke barista bergaya menyambut pagi dengan croissant dan kopi, setiap rekaan menyuntik suasana Paris yang elegan dan bertenaga. Ia bukan hanya tentang air mineral berkualiti tinggi, tetapi tentang mengangkat pengalaman minum air ke tahap penuh estetika.
Koleksi istimewa ini turut membawa bersama semangat falsafah evian® yang cukup dikenali, ‘Live Young’. Ia satu ajakan untuk kekal aktif, ceria, sihat dan berfikiran terbuka walau berapa pun usia kita.


Iklan
Semangat muda bukan tentang angka, tetapi tentang bagaimana kita menikmati hidup dengan penuh tenaga dan kesedaran diri.
evian® bukan jenama biasa-biasa. Ia berasal dari mata air semula jadi Cachat di Pergunungan Alps Perancis, dan melalui proses penapisan semula jadi selama 15 tahun! Ya, lima belas tahun air ini meresap melalui lapisan batuan glasier yang kaya mineral, menghasilkan air mineral yang tulen, seimbang dan sangat baik untuk kesihatan fizikal dan mental. Memang lain macam rasanya — halus, ringan, tetapi menyegarkan sampai ke sel-sel badan.
Iklan
Nak lagi feel Paris? Jom ke pameran evian® yang penuh gaya dan aktiviti menarik! Anda boleh menikmati sesi rasa mocktail, menyertai aktiviti interaktif, dan rebut barangan eksklusif edisi khas.
Lokasinya? Tandakan tarikh ini:
Jaya Grocer, Sunway Pyramid (2 – 8 Jun 2025)
AEON, One Utama (9 – 15 Jun 2025)
Sesuai untuk anda yang suka bergaya sambil menjaga kesihatan, edisi terhad ‘Live Paris, Live Young’ bersaiz 500ml ini kini boleh didapati di seluruh Malaysia, dari kedai serbaneka, pasar raya utama hinggalah ke platform dalam talian. Cantik untuk dikumpul, menyegarkan untuk diminum.
Jadi, apa tunggu lagi? Hidupkan semangat muda dalam diri anda. Rasai keunikan Paris dengan setiap tegukan evian®. Dari Alps ke hati anda. Live Paris, Live Young!