Plot twist paling real, penonton filem Final Destination nyaris maut gara-gara siling pawagam runtuh

Iklan

TAK boleh nak bayangkan kalau tiba-tiba jer depan mata berlaku tragedi tak ubah seperti dalam filem blockbuster Hollywood!

Ya! Insiden bagaikan plot twist paling real berlaku di La Plata, Argentina baru-baru ini ketika tayangan Final Destination: Bloodlines.

Iklan
Iklan

Lapor Daily Mail UK, sekumpulan penonton yang kusyuk melayan filem tersebut berdepan kejadian mencemaskan yang boleh meragut nyawa mereka.

Mana tidaknya, siling dalam pawagam secara tiba-tiba runtuh dan hampir terkena seorang penonton yang ketika itu bersama anak perempuan berusia 11 tahun.

Iklan

Nak dijadikan cerita, Fiamma Villaverde yang sedang menyambut ulang tahunnya itu sedang menonton naskhah seram tersebut bersama anak dan seorang lagi kawan.

Iklan

Menurut cerita wanita berusia 29 tahun itu, sebenarnya beliau tak plan pun nak menonton sekuel ke-6 karya menakutkan yang terang-terang tentang kematian.

Ironinya, filem yang mengisahkan sekumpulan remaja cuba melawan takdir dan lari daripada maut tapi akhirnya ‘menghantar’ maut betul-betul dekat penonton sendiri.

Kongsi Villaverde, sebelum kejadian beliau berjalan-jalan di bandar ketika menyambut hari jadinya dan kebetulan lalu depan pawagam.

"Bila tengok harga tiket murah sikit berbanding hari biasa, jadi kami pun cakap nak tengok tak? Kami masuk, beli popcorn dan terus ke dalam panggung.

"Bila nak dekat-dekat habis, tiba-tiba ada bunyi kuat. Kami ingatkan impak audio filem sebab bunyi memang real. Tiba-tiba satu objek besar jatuh atas saya.

"Nasib baik saya masa itu sedang duduk mengereng sikit ke tempat sandar tangan, kalau tidak memang kena kepala,” katanya.

Akibat siling runtuh yang terkena bahagian lutut, beliau terus dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.

Kes tersebut tak terhenti setakat itu saja bila ibu kepada dua anak berkenaan meminta refund sebagai pampasan terhadap kejadian yang menimpanya.

Bagaimanapun beliau berang apabila pengurus pawagam tersebut cuba menutup kes atas alasan kemalangan tak disengajakan.

"Boleh dia tanya bagaimana saya nak selesaikan benda ini sedangkan bukan salah saya siling itu runtuh. Saya akan buat laporan.

Artikel penuh di: https://sinarplus.sinarharian.com.my/lifestyle/kisah-masyarakat/tragedi-meruntun-jiwa-mayat-nenek-di-tepi-jalan-cucu-2-bulan-reput-masih-dalam-buaian-bikin-sebak

"Bayangkan kalau benda tu kena kepala anak saya! Memang tak bertanggungjawab langsung!,” ujarnya.

Laporan terkini mendedahkan Villaverde sedang menjalani rawatan untuk masalah serangan panik dan gangguan anxiety yang dihidapi sebelum ini.

"Saya memang susah nak berada kat tempat sesak. Dah bertahun-tahun saya tak tengok wayang tapi nak dijadikan cerita, saya pergi sebab birthday treat dan tengok apa jadi?”

"Saya sudah hubungi peguam dan belum buat laporan rasmi lagi. Jadi, siapa nak bertanggungjawab ini?,” soalnya.

Disebabkan insiden itu, Villaverde juga terpaksa cuti beberapa hari sebelum memulakan kerja sebagai penjaga di sebuah bar tempatan.