PERANCANGAN rapi dengan hati penuh semangat untuk memulakan hidup baharu, namun semua itu tidak bermakna lagi. Viral di media sosial ketika ini kisah Dr Pratik Joshi, isteri dan anak-anaknya yang maut dalam nahas pesawat AI 171 yang terhempas berhampiran Lapangan Terbang Ahmedabad, India, semalam.Beliau telah membina kehidupan, kerjaya dan impian di London sejak enam tahun lalu bagi menyambung pengajian serta membina kerjaya sebagai professional jurutera perisian.Beberapa hari sebelum nahas, beliau pulang ke Banswara, Rajasthan dengan harapan besar untuk membawa keluarga kecilnya memulakan hidup baharu di United Kingdom.Isterinya, Dr Komi Vyas yang merupakan doktor perubatan di salah sebuah hospital di Udaipur, sanggup melepaskan jawatan dan berhijrah ke negara asing demi berkongsi kegembiraan dan impian suaminya.Pasangan ini sempat memuat naik swafoto bersama anak perempuan sulung berumur lapan tahun bernama Miraya serta anak kembar lelaki berusia lima tahun, Nakul dan Pradyut, sebelum pesawat berlepas.Terserlah kegembiraan dan rasa teruja di wajah mereka semua untuk memulakan hidup baharu. Gambar terakhir keluarga ini menyentuh hati masyarakat dunia dengan pengajaran bahawa kasih sayang dan impian tidak wajar ditangguhkan kerana esok belum tentu menjadi milik kita.Pesawat Boeing 787-8 Dreamliner Air India ke London yang membawa 242 orang penumpang termasuk 12 anak kapal terhempas sejurus berlepas dari Lapangan Terbang Ahmedabad, Gujarat, barat India pada Khamis.Penumpang termasuk 217 individu dewasa, 11 kanak-kanak dan dua bayi dilaporkan maut, manakala seorang penumpang yang duduk di kerusi 11A terselamat dan kini menerima rawatan di hospital.Saluran berita CNN-News18 India melaporkan pesawat itu terhempas di atas ruang makan asrama Kolej Perubatan B.J. milik kerajaan, menyebabkan ramai pelajar perubatan turut terkorban.
Enam tahun berjauhan, Pratik Joshi sekeluarga maut dalam nahas Air India. Swafoto terakhir undang sebak dunia!
Iklan