Ajaib! 27 tahun lalu, tempat duduk 11A rupanya pernah 'selamatkan' lelaki ini. 'Dia duduk di kerusi sama seperti saya'

Iklan

 

TRAGEDI penerbangan Air India 171 di Ahmedabad, India paling buruk dalam sejarah negara itu.

Iklan
Iklan

Penerbangan itu terhempas hanya 30 saat selepas berlepas hingga meragut nyawa 241 nyawa.

Daripada 242 orang penumpang dan anak kapal, hanya seorang terselamat iaitu penumpang di kerusi 11A, Vishwash Kumar Ramesh, 40, yang terus menjadi simbol keajaiban.

Iklan

Masakan tidak, Vishwash dilaporkan hanya cedera ringan sedangkan yang lain meninggal dunia di tempat kejadian.

Foto: Ihsan PTI
Rupanya kerusi 'ajaib' 11A pernah 'menyelamatkan' seorang penumpang dalam nahas kapal terbang tiga dekad lalu.

James Ruangsak Loychusakyang, 47, yang menaiki penerbangan Thai Airways pernah terselamat dengan nombor duduk yang sama hampir tiga dekad lalu.

Iklan

Pada tahun11 Disember 1998, penyanyi dan pelakon Thailand itu menaiki penerbangan Thai Airways dan dilaporkan terhempas ketika cuba mendarat di Surat Thani hingga mengorbankan 101 nyawa.

James bagaimanapun terselamat tanpa cedera serius.

Beliau selepas mengetahui kejadian itu sempat berkongsi luahannya di Facebook.

"Seorang lagi mangsa pesawat di India. Dia duduk di kerusi yang sama seperti saya. 11A," kongsinya.

Dalam hantaran lain, James malah sempat mengimbas kembali kejadian 27 tahun lalu.

"Ini maklumat yang saya ingat. Saya hormati jika ada maklumat yang berbeza."

"Ini ialah gambar pesawat Airbus model A310-200, model yang sama dengan pesawat yang saya naiki dalam nahas pada tahun 1998.

"Anak panah dalam gambar itu menunjuk tepat ke nombor tempat duduk 11A, iaitu tempat saya duduk. Ia betul-betul di barisan yang bersebelahan dengan sayap pesawat.

"Saya padankan semula daripada ingatan dan juga dari temu bual lama saya sendiri, kemudian saya bandingkan dengan model sebenar pesawat tersebut. Itulah cara saya tahu bahawa kerusi 11A memang tempat duduk saya. Saya yakin.

Foto: Facebook James Ruangsak Loychusakyang

"Saya tidak lagi menyimpan boarding pass atau bukti pembelian tiket, jadi saya gabungkan pelbagai maklumat dan sumber dari Internet untuk mengesahkan nombor tempat duduk.

"Tidak pasti sama ada pesawat yang saya naiki pada tahun 1998 melalui sebarang konfigurasi khas yang berbeza daripada model A310-200, namun nombor 11A yang ditunjukkan pada imej itu yang secara kebetulan sangat luar biasa.

"Rupa-rupanya sama dengan nombor tempat duduk Viswash Kumar Ramesh, satu-satunya yang terselamat dalam tragedi yang baru berlaku itu.

"Salam takziah kepada semua yang terkorban," titipnya.

Biarpun kedua-dua syarikat penerbangan itu menggunakan dua jenis pesawat berbeza, namun kerusi 11A tetap menjadi saksi kepada dua kisah hidup yang berbeza, tetapi penuh makna.

Foto: Facebook James Ruangsak Loychusakyang

James mengakui bahawa tragedi dialaminya pada 1998 meninggalkan kesan mendalam dalam hidup.

Sehingga kini, dia mengalami trauma emosi dan sering teringatkan kejadian itu.

Begitu juga dengan Vishwash yang kehilangan abangnya dalam tragedi tersebut. Biarpun terselamat dan mengalami beberapa luka bakar ringan, trauma mental tentunya mendalam.

Mungkin ini semua berlaku sekadar kebetulan. Difahamkan, dalam nahas Thai Airways, terdapat beberapa mangsa lain yang terselamat selain James.

Sekadar info, Thai Airways menggunakan pesawat Airbus A310 manakala Air India 171 pula menggunakan Boeing 787-8 Dreamliner iaitu dua kapal terbang dari era dan teknologi berbeza.

Bahkan susun atur tempat duduknya pun tidak sama.

Tetapi peliknya, kerusi 11A itu tetap menjadi keajaiban yang menyelamatkan.

Perdana Menteri India, Narendra Modi bertemu Vishwash Kumar Ramesh, satu-satunya mangsa terselamat nahas pesawat Air India 171 di hospital Ahmedabad. - AFP

Ironi, takdir, atau ia sekadar nombor rawak, apa pun jawapannya, kisah ini benar-benar menyentuh jiwa.

Dalam perkembangan terkini, media India melaporkan 279 mayat ditemukan di lokasi nahas.

Angka kematian yang dikemas kini pada Sabtu oleh pegawai kanan di bandar itu, meningkat 279 orang berbanding 265 sebelumnya.

Peningkatan korban itu menjadikan nahas tersebut antara bencana pesawat paling dahsyat pada abad ke-21.

Penerbangan Air India memaklumkan, 242 individu berada di dalam pesawat ke Gatwick, London itu yang terdiri 169 warga India, 53 warga Britain, tujuh Portugal, seorang rakyat Kanada dan 12 anak kapal.Permintaan 11A meningkatLapor Times of India, sejak berita Vishwash yang duduk di kerusi 11A terselamat, permintaan terhadap tempat duduk berkenaan meningkat.Pakar penerbangan berkata kebanyakan pesawat berkenaan terletak bersebelahan dengan pintu kecemasan yang tidak memberikan pemandangan yang menarik kecuali ruang kaki yang luas.Bagaimanapun, kebanyakan pengembara di India mula memilih tempat duduk 11A manakala agensi pelancongan juga mengesahkan ada dalam kalangan pelanggan yang mahu tempat duduk nombor berkenaan biarpun tidak terletak bersebelahan pintu kecemasan.

Sumber: NDTV, Facebook, Times of India