LAPAN bulan selepas penceraian, selebriti dan usahawan terkenal, Fazura menjelaskan perpisahan dengan bekas suami, Fattah Amin seolah masih baharu.
Bahagia melayari kehidupan bersama puteri tercinta dan keluarga, pemilik nama Nur Fazura Sharifuddin, 41, mengakui rasa tenang.
"Alhamdulillah. Rasa macam baru sangat cerai. Sejujurnya saya sangat gembira, tenang dan selesa.
"Setengah orang nak cari pengganti, tapi saya tidak terlintas langsung.
Pun begitu, aktres jelita itu terharu menerima titipan doa-doa daripada warga maya khususnya para peminat.
"Namun ada juga doa-doa peminat. Terima kasih kerana mendoakan Faz. Tetapi (buat masa ini) tidak terlintas pun.
"Fokus saya, pertama sekali ialah kepada anak, Nur Fatima dan bisnes," kongsinya.
Diajukan persoalan jika ada yang cuba mengetuk pintu hati, pemilik jenama tudung Fazura itu menafikan dan memberi jawapan ringkas.
"Tak ada pun," jawabnya.
Sekadar info, Fazura dan Fattah sah bercerai talak satu pada 10 Oktober lalu.
Terdahulu, mereka yang popular dengan singkatan Fattzura itu diijabkabulkan pada 27 November 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Nur Fatima Aisya, 4.