Fazura dakwa Fattah curang, kesal pengorbanan tak dihargai. 'Saya sediakan tempat tinggal, makan minum, semua...'

No Image Caption
A
A
A

BERITA perceraian selebriti Fazura dan Fattah Amin menjadi perhatian warganet. Selain pendedahan tidak diberikan nafkah selama dua tahun, pemilik jenama tudung terkenal itu juga mendakwa bekas suaminya itu berlaku curang.

Fazura ketika bertemu media selepas selesai prosiding mahkamah mendedahkan Fattah curang terhadapnya dan perkara itu sudah dihidu sejak awal Ogos.

"Saya kecewa dan kesal serta terpaksa mengambil keputusan demi maruah saya. Saya kesal kerana walaupun telah berkorban banyak. Kenderaan yang saya belikan itupun dia bawa wanita yang harapkan dia," katanya.

Tidak mendedahkan segalanya di media sosial, pelakon berusia 41 tahun itu enggan menjelaskan gerangan wanita yang didakwanya itu.

"Sebenarnya saya tahu (mengenainya) sudah lama, iaitu sejak awal bulan Ogos," katanya.

Dalam deraian air mata, ibu kepada Nur Fatima Aisya menjelaskan kemelut rumah tangganya bermula sejak dua tahun lalu.

No Image Caption

“Dalam dua tahun ini saya tak bahagia, saya tak percaya dengan penceraian, jadi saya diam.

Artikel Berkaitan:

"Umum tahu saya memang sayangkan Fattah macam mana sebelum ini. Saya curahkan seluruh kasih sayang kepadanya,” katanya.

"Segala tohmahan orang mengatakan saya tidak mahu turunkan ego, tidak sekufu dengan Fattah. Itu semua adalah fitnah semata-mata.

"Saya ingin orang tahu betapa saya sayangkan Fattah sampai ada tuduhan mengatakan saya yang terhegeh-hegeh. Demi ALLAH, ALLAH mendengar apa yang saya cakap. Pengakuan saya benar," katanya.

Dalam pada itu, Fazura juga berkongsi telah banyak telah menyediakan keperluan untuk rumah tangga.

No Image Caption

"Walaupun seorang isteri tetapi saya melakukan yang terbaik. Saya telah berkorban banyak untuk keluarga. Saya berkorban untuk Fattah.

"Sejujurnya hari ini saya orang tahu saya lakukan semuanya untuk Fattah. Saya sediakan tempat tinggal, makan minum, semua untuknya dan Fatima.

"Saya juga menghadiahkan kereta berupa Land Rover Range Rover untuk keselesaanya.

"Bagi orang yang mengatakan kami tidak sekufu itu tidak betul. Kerana kalau saya rasa Fattah tidak sekufu. saya pasti tidak akan berkahwin dengannya.

"Sejal awal iaitu semasa bercinta, saya menerima Fattah dan keluarga seadanya sampai ke hari ini. Saya korbankan segalanya tetapi pengorbanan saya diambil kesempatan," katanya.

No Image Caption

Fazura dan Fazura sah bercerai talak satu apabila Fattah melafazkan cerai itu pada jam 9.45 pagi di hadapan Hakim Syarie Abdul Malik Soleh.

Peguam yang mewakili Fazura, Fakhrul Azman Abu Hassan menafikan curang menjadi punca anak guamnya memfailkan perceraian terhadap Fattah.

Fakhrul berkata, perceraian itu berpunca kerana tiada persefahaman antara mereka.

Mahkamah sebelum ini menangguhkan kes perceraian susulan menerima cadangan baharu daripada defendan yang mahu kes itu diselesaikan secara baik.

Untuk rekod, pasangan yang popular dengan singkatan Fattzura itu diijabkabulkan pada 27 November 2017 dan memiliki seorang cahaya mata perempuan bernama Nur Aisya Fatima, 4.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang