Rahsia Aaron Aziz & Diyana Halik kekal bahagia selepas 22 tahun. 'Kalau gaduh, jangan keluar rumah'

Iklan

 

BERTAHAN selama 22 tahun dalam perkahwinan, pelakon Datuk Aaron Aziz mendedahkan rahsia rumah tangga bahagia.

Iklan
Iklan

Menikahi isteri tercinta, Datin Diyana Halik pada 3 Ogos 2003, pemilik nama Aaron Mustapha bin Aziz itu mendedahkan empat tip perkahwinan yang dipraktikkan selama lebih dua dekad bergelar suami.

"Alhamdulilah ALLAH SWT ialah Maha Perancang. Tip untuk pasangan muda atau yang baru mendirikan rumah tangga, abang cuma kongsi pengalaman.

Iklan

"Pertama, carilah pasangan bukan sahaja seorang yang anda ingin hidup bersama, tetapi seorang yang anda rasa tidak boleh hidup tanpanya.

Iklan

Artikel berkaitan:

Lidah dan gigi lagikan tergigit, inikan pula suami isteri. pelakon filem Suamiku, Encik Perfect 10 dan Ombak Rindu itu ada tip tersendiri apabila berselisih faham dengan suri hati tercinta.

"Jika ada pergaduhan atau masalah, jangan keluar rumah. Mungkin ke bilik atau dapur dan minum segelas air untuk tenangkan diri kerana aksi keluar dari rumah boleh jadi satu bad habit dan mungkin tak akan kembali pulang ke rumah," kongsinya.

Tidak sekadar itu, bapa kepada tiga cahaya mata yang meningkat dewasa itu juga mengamalkan solat berjemaah sebagai rahsia yang menyatukan hati.

"Akhir sekali, yang paling penting solat berjemaah dengan pasangan kerana seorang suami yang mengimamkan solat isteri dan anak-anak amat penting untuk mendapatkan keberkatan dan reda daripada ALLAH SWT.

"Jika kau milikku, kau milikku Diyana Halik," katanya.

Sekadar info, Aaron telah dikurniakan tiga anak iaitu Danish Anaqi, 19, Dwi Ariana, 18, dan Dahlia Arissa, 14.