TAKZIAH diucapkan buat pengacara dan pelakon, Akbar Sahari yang baharu kehilangan isteri tersayang.
Khabar duka berkenaan dikongsikan hos terkenal, Fedtri Yahya menerusi Instagram.
Difahamkan, Allahyarham Noorsuzilawati meninggal dunia selepas melawan penyakit kanser.
"Berita sedih pagi ini. Dapat berita Noorsuzilawati binti Mohd Noor, isteri kepada sahabat saya Akbar Sahari telah pergi buat selamanya.
"Lama berjuang dengan kanser, sebak melihat perjuangan keluarga ini untuk kesembuhan.
"Kami sudah bersahabat lebih 20 tahun, malah saya sendiri yang menjadi pengacara majlis kahwin mereka dulu.
"Perjuangan demi perjuangan dalam hidup. Akhirnya ALLAH jua tempat berpulang.
"Semoga ALLAH ampunkan segala dosa arwah Suzie dan keluarga terutama anak-anak diberi ketabahan atas ujian besar ini," titip Fedtri.
Akbar menerusi Insta Story berkongsi muat naik pendek selepas isterinya ke rahmatullah.
"Innalillahi wainna ilaihirojiun," titipnya.
Sekadar info, Akbar yang kini bertugas di Astro Arena mengendalikan program sukan Scoreboard bersama Fedtri.
Sumber: Instagram