MENITI usia 30 tahun, pendakwah selebriti Haris Ismail atau lebih dikenali sebagai PU Riz mendedahkan sudah mencapai pelbagai impian yang diidam.
Sempena kelahiran anak keduanya, Abdullah Abbas, suami kepada Neelofa itu sempat menitipkan ucapan istimewa menzahirkan kelahiran Abbas sebagai yang paling membahagian dalam hidup.
"Abbas my dear son, one of the light of my life. Abah tahun ni umur 30 tahun. Sepanjang usia ini berlangsung, abah sudah berjaya beli kereta idaman dan beberapa perkara yang lainpun dalam checklists sudah abah capai.
"Bagaimanapun jika dihitung kembali, tidaklah hal itu membahagiakan lebih dari lahirnya Abbas ke dunia ini. Kelahiran Abbas abah sambut dengan keheningan bahagia," kongsinya.
Dalam masa yang sama, peserta program realiti Pencetus Ummah Musim 4 itu menyatakan tidak puas memandang wajah anak keduanya.
"Abah cium Abbas dan azankan. Semua terasa segar di fikiran, hari ini Abbas sudahpun dua tahun. Cepatnya masa berlalu tapi abah tak pernah puas lihat muka Abbas.
"Masih lagi ingin kiss Abbas setiap kali pulang dari kerja dan habiskan beberapa waktu bersama adik.
"Abah bukanlah bapa yang paling sempurna tapi seperti majoriti bapa bapa lain di luar sana, I do love you a lot.
"Sayangnya abah pada Abbas sampailah ke tahap, jika Abbas muncul di dalam mimpi, ukiran senyuman di alam nyata pun abah zahirkan. Abbas sememangnya sweetheart abah dan umi," titipnya.
PU Riz dalam masa yang sama menyatakan sanggup melakukan apa sahaja buat si kecil itu.
"Abah love you sayang.Tiada yang lain kecuali afiah, kejayaan dan barakah yang mengejar hidupmu duhai anakku.
"Abah hendak berpesan satu sahaja lagi. Kalau esok sudah berupaya berdoa, jangan lupa doakan umi abah.
"Percayalah, dalam hidup Abbas tidak ada satupun pengobarbanan yang abah umi tak sanggup lakukan selagi ia maaruf.
"Sekali lagi, abah umi sayang Abbas so much," titipnya.
Hantarannya yang penuh emosi itu turut menerima reaksi emoji sebak dan sedih daripada Neelofa.
Sekadar info, PU Riz dan Neelofa mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021.
Selain Abbas, mereka dikurniakan cahaya mata sulung, Muhammad Bilal yang dilahirkan pada 29 Januari 2022.