MENGAMBIL inspirasi daripada Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, penyanyi terkenal Noh Salleh mula berjinak-jinak mengikuti kelas muay Thai.
Menerusi hantaran di Thread, vokalis kumpulan Hujan itu berkongsi perjalanan meningkatkan stamina diri bagi memantapkan persembahan pada konsert akan datang.
"At this moment, aku rasa aku kena register kat kelas muay Thai ni. Sebab Tok Ti sukses, stamina dia power.
"Sampai habis dua hari konsert tu, dia kata dia Muay Thai. So, aku pun cari lah kelas yang bersesuaian," titip Noh memuat naik video hari pertamanya.
Mengikuti kelas di Damansara Jaya, penyanyi berusia 39 tahun itu mendedahkan 'pancit' pada hari pertama.
"Hook 20 saat pertama saya 'pengsan' kekurangan oksigen. Memandangkan konsert (saya kuatkan diri). Saya bangga dengan diri sendiri sanggup bangun awal pagi untuk ikuti kelas ini," tuturnya.
Selepas mengikuti kelas hari pertama, pemilik nama Mohammad Noh bin Salleh Sadeli itu terus menempah 10 kelas pada masa akan datang.
Warganet yang tertarik dengan aktiviti tersebut terus memberikan semangat buat Noh. Rata-rata mengakui sukan tersebut berkesan untuk meningkatkan stamina.
"Semangat Noh! Saya pun sudah muay Thai hampir empat tahun."
"Suka tengok budak muay Thai pagi-pagi berlari, full of stamina. Fit itu perlu badan besar pun."
"Mantap Noh."
Memetik page Muay Thau Senjata 8, sukan tinju dari Thailand itu mempunyai pelbagai 10 kelebihan seperti berikut:
1. Membantu mengekalkan berat badan.
2. Menjaga kesihatan dan dipercayai dapat membantu mengurangkan kolesterol dan dapat menurunkan tekanan darah tinggi.
3. Meningkatkan stamina dan kekuatan otot menerusi teknik menyapu kaki, tendangan, lompatan, pukulan dan siku.
4. Pergerakan lincah di muay thai menyebabkan peluh keluar lebih cepat, menggalakkan pengeluaran toksin dan dipercayai boleh membantu menjadikan kulit lebih berseri.
5. Meningkatkan kekuatan kaki dengan teknik bertarung. Pergerakan itu dapat menguatkan otot-otot badan dan kaki bawah.
6. Membentuk pinggul yang cantik menerusi gerakan lutut dan tendangan.
7. Membantu meningkatkan kesihatan mental dan disiplin diri.
8. Latihan muay Thai membanty meningkatkan daya tahan tubuh. Sistem imun yang kuat menjadikan tubuh lebih tahan terhadap pelbagai penyakit. Menguatkan sistem ketahanan badan.
9. Badan lebih bertenaga dan terbukti menjadikan tahap serotonin meningkat.
Sumber: Thread Noh Salleh, Muay Thai Senjata 8