'Tuhan jemput awal...' Noh Salleh dedah anak meninggal dunia dalam kandungan

No Image Caption
A
A
A

PENYANYI Noh Salleh berkongsi berita sedih apabila cahaya matanya bersama isteri, Fatin Athirah Mustapa meninggal dunia tujuh bulan lalu.

Vokalis kumpulan Hujan itu mendedahkan bayi sulung mereka tersebut meninggal dunia ketika di dalam kandungan.

“Hari ini 22 September 2024 adalah genap tujuh bulan kami kehilangan anak di dalam kandungan.

“Kalian tidak tahu kan? Dalam struggle berjuang untuk Musa (anak angkat bersama Mizz Nina), kami juga struggle memastikan anak di dalam kandungan sihat. Namun Tuhan jemput dia awal.

No Image Caption

“Pasti segala ujian ini adalah untuk mempersiapkan kami agar menjadi lebih kuat atau lain erti kata upgrade diri sebagai suami isteri,” kongsinya di Instagram.

Dalam masa yang sama, pelantun lagu itu Angin Kencang menzahirkan rasa syukur apabila segala urusan dipermudahkan.

Artikel Berkaitan:

“Walaupun perit untuk go through segala yang aneh-aneh tapi kami bersyukur Tuhan jernihkan semua untuk kami nampak dan ternyata hidup lebih steady dan tenang sebab we fought a great battle dan menang.

No Image Caption

“Beruntung kami di kelilingi orang baik teman-teman dan kaum keluarga yang tidak henti memberi kekuatan, mendoakan serta menemani ke mana-mana.

"Awal pagi teman pergi kuburan while kami benar-benar tidak stabil mental dan emosi. You know who you are,” kongsi Noh.

Di akhir perkongsian tersebut, penyanyi berusia 39 tahun itu turut mendedahkan nama anak syurga mereka.

“Oh ya kami namakan anak kami Julian.

"Semoga Tuhan izinkan kami boleh berjumpa dengannya nanti.

No Image Caption

“Posting ini adalah sempena ulang tahun saya dan isteri esok. Ulang tahun yang pertama tapi rasa macam 20 tahun sebab go through macam-macam,"coret Noh.

Noh dan Fatin Athirah sah sebagai suami isteri pada 23 September 2023.

Untuk rekod, Noh pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi dan usahawan, Mizz Nina pada 2 Julai 2011, namun bercerai pada Ogos 2022.

Perkahwinan itu tidak dikurniakan cahaya mata dan mereka memiliki seorang anak angkat lelaki diberi nama Musa.

Sumber: Instagram

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang