‘Mak-mak cepat emo!’ – Norazlina bangga anak tamat ijazah di UK, kongsi detik bermakna buat keluarga

Iklan

SETIAP ibu pasti menyimpan satu impian iaitu melihat anak-anak menamatkan pengajian dengan cemerlang, walau sejauh mana mereka melangkah.

Detik itu akhirnya tiba buat Datin Seri Norazlina Tan Sri Awang Had apabila anak keduanya, Kencana Putera, menamatkan pengajian di peringkat ijazah di bumi United Kingdom.

Iklan
Iklan

Mengalir rasa bangga dan sebak dalam diri bekas personaliti televisyen itu apabila si putera pulang dengan segulung Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) dalam bidang Media, Komunikasi dan Sosiologi dari City St George’s University of London.

Iklan

Enggan melepaskan peluang berkongsi momen indah tersebut, Norazlina memuat naik beberapa foto di media sosial, memperlihatkan dirinya yang anggun berbusana tradisional merah, sedondon dengan suami tercinta, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan.

Turut hadir memberi sokongan ialah dua adik-beradik Kencana, Karisma Putera dan Kaseh Puteri.

Iklan

Menerusi hantaran berkenaan, wanita yang tetap anggun itu menzahirkan rasa syukur dan bangga, malah sempat menitipkan pesan buat anak lelaki kesayangannya itu.

“Musim panas 2025 menjadi satu lagi detik penting buat kami sekeluarga. ‘Abang Ngah’ kami kini secara rasmi telah menamatkan pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Media, Komunikasi dan Sosiologi dari City St George’s University of London.

"Moments filled with joy, proud and occasionally “teary” too! Biasalah, mak-mak cepat emo! Alhamdulillah, dua orang anak lelaki kini telah berjaya tamatkan pengajian dari universiti yang sama.

"Kini, tinggal adik perempuan mereka pula yang akan melakar perjalanan akademik sendiri, insya-ALLAH. Dan ya, gambar datuk dan neneknya juga ada! Katanya, ia satu kejutan yang punya cerita tersendiri. Tapi tak mengapa, biarlah hanya dia yang tahu falsafah di sebaliknya.

"Sekali lagi, tahniah Kencana Putera. Awak memang layak untuk saat ini. Kini masanya untuk melangkah lebih jauh dan menawan dunia!” titip ibu kepada tiga anak itu lagi.

TULANG BELAKANG

Ungkapan tersebut jelas membayangkan kasih seorang ibu yang sentiasa menjadi tulang belakang dalam kejayaan anak-anak.

Walaupun sudah tidak aktif dalam dunia penyiaran, nama Norazlina Awang Had masih segar dalam ingatan ramai, khususnya mereka yang membesar bersama penyampai berita NTV7 itu.

Lebih membanggakan, beliau kini ialah seorang usahawan berjaya yang menerajui syarikat Lawabana Sdn Bhd, yang menguruskan perniagaan makanan popular seperti Rommaku dan The Tepen Café.

Meniti usia 50 tahun pada 22 Mac lalu, Datin Seri Norazlina terus membuktikan bahawa kehidupan tidak terhenti di satu fasa sahaja.

Dari dunia media ke dunia perniagaan dan kini menikmati detik manis sebagai ibu kepada graduan cemerlang, perjalanan hidupnya sememangnya penuh warna dan inspirasi.

Momen konvokesyen itu bukan sekadar satu majlis, ia adalah simbol perjuangan, pengorbanan dan kasih sayang yang tiada penghujung antara seorang ibu dan anak.

Bagi Norazlina, kejayaan Kencana Putera bukan hanya milik si anak, tetapi satu pencapaian bersama buat seluruh keluarga.