‘Daddy masih harap dengar suara Raees…’ Zaquan & Ayu Raudhah ziarah kubur anak bongsu selepas setahun pemergian, catatan undang pilu

Iklan

ENAM bulan berlalu, masa masih tidak dapat mengubati kerinduan pasangan selebriti Ayu Raudhah dan Zaquan Adha buat putera bongsu, Allahyarham Muhammad Aisy Al Raees.

Meninggal dunia pada 11 Februari 2025 ketika berusia enam bulan, 2 Ogos lalu genap setahun usia Allahyarham. 

Iklan
Iklan

Keluarga besar Ayu dan Zaquan tidak melepaskan peluang merakamkan detik bermakna di pusara Raees sambil membersihkannya. 

Zaquan sempat menitipkan luahan yang menyentuh hati mengenang pemergian permata hatinya itu.

Iklan

"Selamat ulang tahun, anak syurgaku. Hari ini, genaplah usiamu setahun.

Iklan

"Tapi dunia ini sunyi tanpa tawa dan tangismu. Tiada pelukmu, tiada mata bundar yang menatapku.

"Daddy dan mummy tidak pernah lupa bagaimana Raees hadir, seperti cahaya dari langit yang ALLAH pinjamkan sekejap.

"Sentuhan kecilmu dulu cukup untuk mengubah seluruh hidup daddy dan mummy.

Artikel berkaitan

'Dia dalam keadaan sihat & baik...' Zaquan Adha enggan kongsi punca, minta beri ruang, Ayu Raudhah tenang & reda

Zaquan Adha menangis, sebak pangku jenazah anak bongsu berbalut kain batik. 'Berikan masa kepada saya dan isteri'

"Setiap pagi daddy masih harap dengar suara Raees menangis minta dipeluk tapi ALLAH lebih menyayangimu. DIA ambilmu pulang sebelum dunia sempat menyakitimu, sebelum dosamu bermula.

"Sayang, hari lahirmu bukan sekadar kenangan tapi satu hari yang kami akan raikan dengan air mata dan doa tak pernah putus.

"Di taman syurga sana bermainlah dengan kawan-kawan kecilmu, Bergembiralah di sisi para malaikat.

"Tunggu daddy dan mummy ya. Satu hari nanti, kita akan berlari berpelukan semula dalam syurga yang abadi, tanpa perpisahan lagi. Amin," titipnya.

Terdahulu, pemergian mengejut si kecil mengejutkan ramai selepas  tidak sedarkan diri di kediaman mereka di Taman Sri Pulai, Sikamat.

Sekadar info, Ayu atau nama penuhnya Raudhah Che Wan dan Zaquan mendirikan rumah tangga pada 21 Januari 2011.

Selain Muhammad Aisy Al Rees, Ayu dan Zaquan dikurniakan enam lagi cahaya mata, Muhammad Aisy Qaiser, 11; Muhammad Aisy Aryann, 10: Laura Zuleykha, 7; Muhammad Aisy Khaliq, 5; Muhammad Aisy Al Jibreel, 2, dan anak keenam, Qaisy berusia setahun.