'Ini bukan pengumuman biasa' - Uyaina Arshad hamil anak ketiga

Iklan

 

PENGACARA dan pelakon terkenal, Uyaina Arshad, berkongsi berita menggembirakan apabila dia kini sedang hamil anak ketiganya.

Iklan
Iklan

Perkongsian tersebut dibuat menerusi satu hantaran di Instagram pada Rabu, sekali gus mengejutkan para peminat dan rakan selebriti.

"Oh ya. Saya kini hamil tiga bulan anak ketiga. Kejutan! Dan yang ini memang bukan pengumuman kehamilan yang biasa-biasa," tulis Uyaina di ruangan kapsyen.

Iklan

Bersama kapsyen itu, Uyaina, 32, turut memuat naik video menceritakan kisah kehamilannya. Sempat berseloroh akan mengandung dan hamil selang dua tahun sekali.

Iklan

"Ini semua pemberian daripada Tuhan, kami tidak plan. Kami terima dengan hati yang terbuka.

"Kalau ikut perancangan, ini adalah yang terakhir, insya-ALLAH," kongsinya.

Sekadar info, Uyaina berkahwin dengan pelakon Raja Shahiran pada 21 Disember 2021.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Raja Urhan, 3, dan Raja Urayyan, 1.