Engku Aleesya cemerlang IGCSE bakal sambung A-level, Erra Fazira luah syukur - 'I’m proud of you, anak!'

Iklan

PELAKON, penyanyi dan pengacara Erra Fazira meluahkan rasa syukur puteri tunggalnya, Engku Aleesya meraih keputusan cemerlang dalam peperiksaan International General Certificate of Secondary Education (IGCSE).

Baru-baru ini, primadona filem Melayu itu berkongsi video memaparkan momen manis bersama Aleesya.

Iklan
Iklan

"Terima kasih kepada semua guru yang telah membantu anak saya mencapai kejayaan cemerlang. Terima kasih juga kepada ahli keluarga dan rakan-rakan yang telah mendoakan kejayaan Aleesya dalam peperiksaannya," kongsi Erra.

Iklan

Ketika dihubungi SinarPlus, pengacara Borak Bibir Merah itu pada mulanya enggan berkongsi lanjut kerana bimbang dikatakan menunjuk-nunjuk.

Mengesahkan Aleesya akan melanjutkan pengajian pada di peringkat A-Level tidak lama lagi, Erra mengakui hanya ingin berkongsi rasa syukur dan berterima kasih kepada para guru.

Iklan

"Insya-ALLAH kalau ikut perancangan, anakanda Aleesya akan memulakan pengajian tidak lama lagi ke peringkat seterusnya iaitu A-Level.

"Dia ada ada dua pilihan, sama ada tahun ini atau tahun hadapan tetapi Aleesya memilih untuk melakukannya pada tahun ini," kata Erra.

Primadona filem Melayu itu mengakui, Aleesya bekerja kuat dan berusaha untuk meraih kecemerlangan dalam peperiksaan peringkat antarabangsa itu. 

Sebagai ibu, pemilik nama Fazira Wan Chek itu sentiasa menitipkan kata-kata semangat.

"Syukur dan pastinya gembira bagi pihak Aleesya kerana saya tahu dia berusaha kuat.

"Belajar dan belajar, disiplin dengan jadualnya. Atas semangat itu, saya terharu dan sangat gembira dengan pencapaian beliau. 

"Saya selalu pujuk, pesan dan beri kata-kata semangat:  "You ni anak yang pandaai Aleesya. If you focus and discipline, you will do great! Alhamdulillah sekarang dia percaya, kalau dia berusaha bersungguh-sungguh, insya-ALLAH dia boleh mencapainya," tambah Erra.

Tidak seperti beliau dan bekas suami, Engku Emran Engku Zainal Abidin yang dikenali ramai, Aleesya dibesarkan dengan penuh privasi dan tidak terlalu didedahkan kepada dunia luar sejak kecil. 

Malah baru-baru ini, Erra mendedahkan Aleesya tidak memiliki media sosial sendiri sehingga tahun ini.

"Saya suka Aleesya jalani kehidupan normal, enjoy her privacy. Saya dan ayahnya pun Alhamdulillah sepakat untuk tidak terlalu menonjolkan  anakanda dan saya lihat Aleesya sendiri agak pemalu orangnya.

"Dia lebih selesa dalam circle yang kecil jadi saya sebagai ibu mengikut flow keselesaan masing," jelas Erra.

Sekadar info, Erra dan Emran berkahwin pada 25 Oktober 2007 dan kemudiannya membawa haluan masing-masing selepas bercerai pada Februari 2014.

Menerusi tinjauan SinarPlus, IGCSE diselia oleh University of Cambridge International Examinations,  Edexcel dan OxfordAQA. 

Sijil IGCSE diiktiraf kebanyakan insitusi dalam dunia. Sama seperti lepasan SPM, pelajar lepasan IGCSE boleh memilih untuk meneruskan pendidikan sama ada ke peringkat A-Level, International Baccalaureate (IB) atau Foundation (Asasi).