Mr E enggan buang masa, ingin segera sunting Erra Fazira. 'Harap secepat mungkin...'
TUMPANG gembira melihat primadona filem tanah air, Erra Fazira yang kini tidak keseorangan lagi. Mengakui hati sudah ditawan ahli perniagaan, Mr E atau nama sebenarnya Muhammad Ezwan Muhammad Zain, pengacara Borak Bibir MerahSinarPlus itu, menjelaskan sedang gembira dengan apa yang ada pada hari ini.
Namun, kata Erra, masih terlalu awal untuk melibatkan permata hati beliau, Engku Aleesya dalam hubungan mereka.
"Kami go with the flow. Jika berjalan lancar kami mahukan (perkahwinan) secepat yang mungkin, namun bila (waktunya) kami pun tidak tahu. Sama ada tahun ini atau tahun hadapan.
"Alhamdulillah saya happy dengan apa yang ada. Kami masih lagi dalam fasa mengenali, jadi saya tidak mahu mengaitkan anak dalam perbincangan. Belum masanya lagi untuk pergi 'sedalam' itu.
"Insya-ALLAH, so far apa yang kita lihat Alhamdulillah. Sama ada anak Ezwan atau anak saya, semuanya positif," kongsinya lagi.
Beliau berkata demikian kepada SinarPlus ketika ditemui dalam majlis rumah terbuka Kueh Cafe yang berlangsung di cawangan terbaharunya di Petaling Jaya, Selangor.
Sementara itu, Ezwan pula menyatakan komitmen dan enggan membuang masa dan mahu membawa hubungan mereka ke jenjang pelamin.
"Perkara yang baik kami mahu percepatkan," katanya.
Malah pengusaha Kueh Cafe itu berkata, Erra tidak pernah meletakkan sebarang syarat istimewa sepanjang berkawan memandang mereka berdua adalah pasangan yang matang.
ADA CHEMISTRY
Memakai sepersalinan merah sedondon, pasangan secocok yang mempunyai jarak usia tujuh tahun itu tampak tenang. Malah sinar kebahagiaan jelas terpancar pada wajah mereka.
"So far, dalam mencari keserasian, saya lihat kami ada chemistry. Selebihnya kita berdoa dan berserah kepada-NYA.
"Apa yang kami lalui (dalam hubungan) ini jauh lebih matang. Daripada berkawan dan bercinta, apabila ada keserasian kami mahu ia lebih positif.
"Kami memang belum lagi ke arah itu (perkahwinan), namun insya-ALLAH kalau tiada apa-apa aral melintang akan ke arah itu," ujarnya.
Bercakap mengenai pasangan hidup, pelakon Maria Mariana dan Sembilu itu mengakui hubungan perlu direstui semua pihak.
"Apabila hendak bersama, bukan kita berdua sahaja. Perlukan keserasian dan restu daripada keluarga kedua-dua belah pihak. Kena ada green light.
"Setakat ini, kenal sahajalah tetapi belum ke fasa yang lebih serius," tuturnya.
BACK TO BASIC
Bergelar ibu tunggal sejak 11 tahun Erra atau nama penuhnya Fazira Wan Chek mengakui sudah terlalu selesa dengan status berkenaan.
Selepas episod percintaan yang lalu, nampaknya kehadiran Ezwan membuka hati bekas ratu cantik Miss Malaysia World 1992 itu.
"Pada fasa saya ini saya terfikir, perlukah atau tidak (berkahwin) kerana terlalu lama solo dan sudah selesa.
"Namun, saya fikir sampai bila dan apa matlamat diri. Hendak seronok dunia sahajakah? Perkara-perkara itu yang membuatkan saya back to basic semula," kata Erra.
Hubungan istimewa Erra terdahulu dihidu peminat selepas aktres berusia 51 tahun itu memberi ucapan istimewa sempena ulang tahun kelahiran Ezwan menerusi Instagram.
Sekadar info, Erra pernah berkahwin dengan Datuk Yusri Abdul Halim pada 2003 namun bercerai pada 2006.
Beliau kemudian mendirikan rumah tangga dengan Engku Emran pada 25 Oktober 2007 namun berpisah pada 17 Februari 2014.
Menerusi perkahwinan tersebut, beliau dikurniakan seorang cahaya mata perempuan dinamakan Engku Aleesya yang kini berusia 15 tahun.
Jelitawan yang pernah dinobatkan sebagai Miss Polignac Physique 1992 itu juga pernah mempunyai hubungan istimewa dengan penyanyi Shahir Zawawi.
Luahan itu dilontarkan oleh pemilik restoran Kueh kepada SinarPlus dan rakan media yang lain ketika memenuhi jemputan rumah terbuka Kueh baru-baru ini bertempat di cawangan terbaharu kafe berkenaan yang terletak di Petaling Jaya, Selangor.
Nak tahu apa pula reaksi sang primadona, jom tonton video ini
#errafazira #mre #selebriti #sinarplus
#lifestylesinarharian" />
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
