Peminat 'berangan' nak jadi artis, ini pesanan padu Nabila Razali- 'Miliki Impian itu bagus, tetapi...'

Iklan

PENYANYI popular Nabila Razali bukan sekadar dikenali kerana suaranya yang merdu dan personaliti manis, malah turut mengambil berat tentang dunia pendidikan. 

Terbaharu, dia berkongsi pandangan mengenai penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) seperti ChatGPT dalam kehidupan pelajar.

Iklan
Iklan

Katanya, tidak dinafikan ChatGPT semakin menjadi pilihan untuk memudahkan kerja sekolah dan tugasan. 

Namun begitu, pelantun lagu Peluang kedua itu mengingatkan bahawa teknologi hanyalah alat bantu, ia tidak akan pernah mampu menggantikan peranan guru yang sebenar.

Iklan

“ChatGPT boleh bagi jawapan cepat, tapi kalau nak faham betul-betul sesuatu pelajaran, bimbingan guru itu lebih penting. 

Iklan

"Guru bukan saja ajar ilmu, tapi mereka bimbing cara berfikir dan membina disiplin,” katanya.

Menariknya, mesej tersebut sangat relevan dengan peminat cilik yang mula menaruh minat dalam dunia seni. 

"Bayangkan, ada peminat berusia seawal 13-14 tahun yang datang jumpa saya, cakap nak jadi macam Kak Bella, macam mana jadi artis.

"Impian itu bagus tetapi bagaimana nak realisasikannya. Bukan sekadar asal ada sahaja. Tetapi, memerlukan jalan yang betul,” jelasnya.

Pada masa sama, Nabila mengakui teknologi semuanya di hujung jari.

"Kena berbalik semula kepada guru yang mempunyai kelayakan dan bukan bergantung kepada teknologi semata-mata.

"ChatGPT memang memudahkan dan membantu menghasilkan idea, memberi penerangan dan memudahkan pencarian maklumat. Tetapi, jangan mudah bergantung kepadanya.

"Berbanding guru yang tetap memainkan peranan utama kerana mereka bukan sekadar mengajar, tetapi juga membentuk karakter dan nilai hidup. Itulah yang tidak dapat diganti oleh mana-mana teknologi, walau secanggih mana sekalipun," ungkapnya lagi.

PENGALAMAN BELAJAR

Nabila berkata demikian ketika ditemui di majlis pelancaran pembukaan cawangan ketiga PTTI di Shah Alam.

Bersempena pembukaan tersebut, PTTI menyasarkan penyertaan sekitar 500 calon SPM 2025 dari Shah Alam. Secara keseluruhan, lebih 12,000 pelajar dijangka mengikuti pembelajaran di tiga cawangan utama serta melalui platform dalam talian.

Sejak ditubuhkan, PTTI sudah membantu ramai pelajar mencapai keputusan cemerlang, termasuk ratusan pelajar yang berjaya memperoleh straight A. 

Antara rahsia kejayaan mereka ialah modul berfokus peperiksaan, pendekatan interaktif dan pengisian motivasi untuk membina keyakinan diri pelajar.

Ketua Pegawai Eksekutif PTTI, Siti Farhana Abu Osman atau Cikgu Fana, menegaskan pembukaan cawangan baharu ini lebih kepada usaha mendekati pelajar dan ibu bapa.

“Kami mahu setiap anak merasai pengalaman belajar yang bukan sekadar menghafal, tetapi juga menyeronokkan dan berkesan. 

"Sasaran 500 pelajar di Shah Alam dan 12,000 pelajar di seluruh negara bukan sekadar angka, tapi amanah yang kami pikul,” jelasnya.

Majlis pelancaran itu turut dimeriahkan dengan kehadiran duta PTTI iaitu MK K-Clique dan penyanyi Iman Troye. 

Menariknya, bersempena pembukaan ini juga, PTTI bakal mengadakan Seminar Shortcut Last Minute SPM secara percuma secara dalam talian pada 27 hingga 30 Ogos yang memberi peluang baik buat calon SPM 2025 untuk menambah keyakinan sebelum menghadapi peperiksaan.