PELAKON jelita, Nora Danish, mengambil langkah besar dalam hidupnya apabila memadam lebih 24,000 gambar lama di Instagram, termasuk foto-foto ketika belum bertudung.
Menerusi satu Insta Story bertulis 'New chapter, Bismillah', tindakan itu memberi isyarat jelas bahawa dia kini bersedia memulakan fasa baharu yang lebih bermakna dan peribadi.
Selepas berhijrah tahun lalu, pemilik nama Nora Mohd Danish Hanif, 43, itu mengambil langkah untuk berubah ke arah yang lebih baik.
"Saya tidak memadam masa lalu saya, tetapi saya memilih untuk menerima diri saya yang sekarang dengan hijab.
"Doakan saya terus istiqamah dan semoga ALLAH membimbing kita semua dalam perjalanan ini. Daripada 24,000 gambar, saya masih dalam proses memadamkannya.
Sekadar info, Nora terdahulu mula berhijab pada Julai 2024 selepas perceraiannya dengan Nedim Nazri.
Artikel berkaitan:
- Berhijab hadiri majlis agama, warganet love penampilan baharu Nora Danish. 'Moga istiqamah & ditetapkan hati dalam proses hijrah ini'
- 'Cari suami faham agama, berdamai dengan kemampuannya.' Pesanan Nora Danish & Neelofa tentang jodoh buat ramai setuju
- Nora Danish, Nedim sah cerai talak satu, ikatan tujuh tahun terlerai