Ayda Jebat umum hamil anak ketiga: ‘Keluarga kecil kami akan bertambah'

Iklan

PENYANYI dan pelakon terkenal, Ayda Jebat berkongsi khabar berita mengenai keluarga kecilnya.

Dalam satu hantaran ringkas di media sosial, Ayda mendedahkan dirinya kini sedang hamil anak ketiga.

Iklan
Iklan

“Assalamualaikum! 3rd Wuvv Junior is coming… Our small family insya- ALLAH akan bertambah seorang lagi.

"Ayda sekarang dah 4 months, alhamdulillah. Doakan semuanya dipermudahkan! Love you guys!," ungkapnya di kapsyen.

Iklan

Berita itu mendapat meraih perhatian ramai. Rata-rata peminat dan rakan artis menitipkan ucapan tahniah buat Ayda dan Nabil atas rezeki tersebut.

Iklan

Pelakon Mandul Bukan Pilihan itu sememangnya cukup sinonim dengan bakat seni dan personaliti yang ceria.

Walaupun kini usia kandungan empat bulan, dia kelihatan masih bertenaga dan terus aktif, membuktikan bahawa walaupun sibuk dengan kerjaya, momen keluarga tetap menjadi keutamaan.

Semoga Ayda dipermudahkan sepanjang kehamilan ini dan keluarga kecilnya terus diberkati dengan kebahagiaan.