'Doa yang baik akan kembali pada kita'– Amira Othman 

Iklan

PENYANYI dan pelakon, Amira Othman, tampil mengingatkan orang ramai untuk menjaga tutur kata susulan pelbagai reaksi timbul mengenai pengumuman pernikahannya dengan aktor, Fattah Amin.

Menerusi sesi siaran langsung di TikTok pada Khamis, Amira atau nama penuhnya, Nadia Amira Othman, 32, menegaskan bahawa jodoh, ajal dan maut merupakan ketentuan ALLAH SWT yang tidak harus dipertikaikan.

Iklan
Iklan

“Tenang ya semua. Jodoh, ajal dan maut telah ALLAH tulis, telah ALLAH tentukan. Jadi tenang-tenang semua ya.

“Terima kasih di atas doa yang baik-baik. Kita doa baik untuk orang, kita dapat benda yang baik. Cakap benda baik-baik, buat benda baik-baik, nanti ALLAH bagi benda yang baik. Tak rugi pun.

Iklan

“Sebab esok lusa kita mati, itulah yang kita bawa. Tak boleh buat jahat dekat orang. Dosa dengan manusia tidak selesai sekalipun mati syahid,” katanya.

Sebelum ini, kecoh di media sosial apabila ada pihak yang mempersoalkan keputusan Fattah untuk berkahwin semula kurang setahun selepas melalui episod perceraian.

Iklan

Dalam masa sama, pelantun Bila Nak Kahwin? itu menambah, dirinya turut tersentuh apabila menerima ucapan tahniah daripada ramai pihak ketika menghadiri sebuah acara baru-baru ini.

“Tadi saya pergi event, ramai yang ucap tahniah kemudian mereka menangis. 

"Saya tidak boleh tengok orang menangis sebab saya sendiri mudah tersentuh. 

"Nangis kerana gembira tidak mengapa, asalkan jangan kerana sedih,” ujarnya.

Terdahulu, Fattah, 35, mengejutkan peminat apabila membuat pengumuman rasmi mengenai perhubungannya dengan Amira pada majlis pelancaran single terbaharu penyanyi itu bersama adiknya, Irfan Haris berjudul Rasa & Takdir.

Pasangan itu bakal disatukan pada 14 September ini, tarikh yang sama dengan ulang tahun kelahiran Fattah.

Majlis pernikahan mereka bakal ditayangkan secara eksklusif menerusi aplikasi Unifi TV 2.0 di Saluran Inspirasi (118), jam 8 malam pada tarikh berkenaan.