PELAKON Fattah Amin mengungkapkan kesyukuran selepas perkahwinannya dengan Amira Othman berjalan lancar.
Menerusi hantaran di Instagram, pelakon berusia 35 tahun itu berkongsi kata-kata penghargaan buat semua yang hadir dan menyaksikan detik bahagia itu menerusi dalam, talian.
"Alhamdulillah, segala puji bagi ALLAH.
"Majlis akad Nikah kami, berjalan dengan sempurna. Terima kasih kepada semua yang hadir dan yang menonton.
"Kami pohon doa dari kalian supaya perkawinan ini dilimpahi sakinah (ketenangan), mawaddah (kasih sayang) warrahmah (dan rahmat)," kongsinya.
Terdahulu, pasangan itu sah diijab kabul oleh Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dengan hanya sekali lafaz pada hari ulang tahun kelahirannya ke-35.
Dalam majlis berlangsung di sebuah resort di Sepang itu, pihak lelaki menerima lima dulang hantaran berbalas tujuh daripada pihak pengantin perempuan.
Amira juga menerima mas kahwin seutas gelang emas sebagai mas kahwin.