Amira Othman sedia galas tanggungjawab ibu tiri Fatima selepas sah jadi isteri Fattah Amin – 'Saya ikhlas terima'

No Image Caption
A
A
A

SETIAP pasangan yang melangkah ke alam rumah tangga pasti berdepan dengan fasa baharu yang penuh warna-warni. Begitu juga dengan Amira Othman dan Fattah Amin yang kini sah bergelar suami isteri.

Bukan sahaja mengikat janji sebagai pasangan hidup, malah mereka turut belajar menyesuaikan diri dengan peranan baharu—Amira sebagai isteri dan ibu tiri, manakala Fattah sebagai suami yang memimpin dua insan kesayangannya, isteri dan anak.

Bagi pemilik nama sebenar Nadira Amira Othman, status sebagai ibu tiri kepada Nur Fatima Aisya, anak perempuan hasil perkahwinan Fattah sebelum ini, bukanlah beban, sebaliknya satu tanggungjawab yang diterima dengan hati terbuka.

Katanya kepada OhBulan, lumrah rumah tangga hadir dengan pelbagai cabaran, namun ia juga menjadi peluang untuk membina hubungan yang ikhlas serta penuh kasih sayang.

“Saya perlu menerima keadaan ini kerana ia sebahagian daripada kehidupan. Siapa pun yang saya pilih, tidak kira status atau keadaan seseorang itu, saya kena terima.

"Begitu juga dengan Fattah yang memilih saya dalam apa keadaan sekalipun. Saya yakin, kalau kita ikhlas, insya-ALLAH segalanya akan dipermudahkan,” ujar Amira dengan tenang.

No Image Caption

ANAK TIRI

Meskipun belum mempunyai cahaya mata sendiri, Amira mengakui banyak perkara yang perlu dipelajari.

“Setiap individu yang hadir dalam hidup kita, sama ada pasangan atau anak, adalah amanah yang mesti dipelihara. Itulah sebabnya saya tidak meletakkan soal anak tiri sebagai penghalang dalam melangkah ke alam rumah tangga. Bagi saya tidak ada masalah sebab itu lumrah. Saya pun bukannya tidak biasa dengan kanak-kanak dan harapnya semua baik-baik sahaja,” ungkapnya lagi.

Fasa baharu itu juga memberi peluang kepada Fattah untuk terus mengukuhkan peranan sebagai suami dan ayah. Bagi peminat pasangan ini, jelas terlihat bagaimana mereka saling melengkapi—Amira dengan kelembutannya, manakala Fattah sebagai pelindung dan pembimbing keluarga kecil mereka.

Untuk rekod, pasangan sama cantik sama padan itu selamat diijabkabulkan sebagai suami isteri pada malam Ahad lalu. Dengan hanya sekali lafaz, Amira sah menjadi isteri kepada Fattah, sekali gus membuka lembaran baharu dalam kisah cinta dua bintang popular tanah air itu.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang