'Dia rindu daddy…' – Fattah perjelas punca Fatima enggan berenggang, syukur Amira memahami
MAJLIS pernikahan Fattah Amin dan Amira Othman berlangsung meriah dalam suasana bertemakan Islamik al-Zauj, lengkap dengan tata hias indah yang memperindah lagi detik bahagia pasangan tersebut.
Kehadiran anak tunggal Fattah, Nur Fatima Aisya, 5, nyata melengkapi keluarga kecil yang baru dibina itu.
Momen Fatima yang enggan melepaskan pelukan terhadap bapanya ketika acara membatalkan air sembahyang semalam menjadi tumpuan, sekali gus memperlihatkan betapa dalamnya kasih sayang antara anak dan ayah.

Menerusi sebuah video yang dikongsikan, pelakon Mat Kilau itu menjelaskan, Fatima berkelakuan sedemikian kerana terlalu merinduinya.
Dalam satu temu bual, pemilik nama Abdul Fattah Mohd Amin, 35, berkata, anak perempuannya itu tidak mahu berenggang setelah menyedari kehadiran beliau.
"Apabila (Fatima) nampak, tidak mahu lepaskan saya. Sebab secara kebetulan dia pun tengok daddy dia hilang sebab masa itu pergi ke belakang. Mungkin juga dia rindu.

"Jadi bila dia nampak saya, terus peluk. Saya pun tak sangka ingat bila dia peluk dia akan lepas. Rupanya dia tak lepaskan tapi itulah. Mungkin dia rindulah. Saya pun rindukan dia," kongsinya.
Tambah Fattah lagi, segala yang berlaku seolah-olah sudah ditakdirkan sedemikian dan dia bersyukur kerana Amira sangat memahami situasi tersebut.
"Cuma semasa latihan, susunan acara tidak begitu.
"Ia berlaku dan sudah ditakdirkan begitu. Apa pun, Mira gembira dan Fatima pun gembira. Itu sudah cukup buat saya,” kongsinya penuh syukur.

Terdahulu, pasangan itu sah diijab kabul oleh Datuk Seri Dr Haji Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri dengan hanya sekali lafaz.
Pihak lelaki menerima lima dulang hantaran berbalas tujuh daripada pihak pengantin perempuan.
Amira juga menerima mas kahwin seutas gelang emas sebagai mas kahwin.
Sumber: Instagram
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

