Engku Emran terharu Aleesya terpilih pelajar cemerlang IGCSE, tamat sekolah menengah - ‘Bila nampak nama kau di sebelah...’

Iklan

BEKAS suami kepada pelakon dan penyanyi, Erra Fazira iaitu Engku Emran Engku Zainal Abidin berkongsi momen bermakna anak tunggal mereka, Engku Aleesya selamat menamatkan persekolahan peringkat menengah.

Menerusi Insta Story, ahli korporat itu memuat naik foto Aleesya naik ke pentas kerana terpilih sebagai achiever dan cemerlang dalam International General Certificate of Secondary Education (IGCSE), baru-baru ini.

Iklan
Iklan

Hatinya sarat dengan rasa bangga saat melihat namanya berdampingan dengan Aleesya di layar utama.

Iklan

Dalam kegembiraan meraikan puteri tersayang, Emran sempat memuji anak tunggalnya itu yang mewarisi kepandaian si ibu, Erra Fazira.

Berkongsi lebih lanjut, Emran menyifatkan dirinya sebagai software provider manakala pengacara Borak Bibir Merah SinarPlus itu hardware provider.

Iklan

Terdahulu, Aleesya meraih gred A+ dalam subjek First English Language, Matematik, Fizik dan A bagi subjek Biologi, Sosiologi, Bahasa Malaysia dan Psikologi.

Beauty with brain, Aleesya dijadualkan akan melanjutkan pengajian ke peringkat A-Level tidak lama lagi.

Sekadar info, Erra dan Emran berkahwin pada 25 Oktober 2007 dan kemudiannya membawa haluan masing-masing selepas bercerai pada Februari 2014.

Sumber: Instagram