Ara Aziz hadapi peperiksaan akhir IGCSE, bakal masuk universiti umur 15 tahun
KEPETAHANNYA suatu ketika dahulu mencuri perhatian. Siapa tidak kenal anak kepada pengarah terkenal, Aziz M Osman, Ara Aziz, 14, ini.
Daripada anak kecil yang ligat dan petah berbicara dalam bahasa Inggeris di depan kamera, kini Ara membesar sebagai remaja yang semakin matang dan mempunyai bakat besar dalam bidang seni.
Pun begitu, beberapa minggu menyertai rancangan Talk To Manager, baru-baru ini, Ara menyatakan keputusan menarik diri untuk memberikan tumpuannya kepada pelajaran.
Difahamkan, Ara sedang sibuk membuat persediaan menghadapi peperiksaan akhir International General Certificate of Secondary Education (IGCSE).

Dalam temu ramah bersama media, anak ketujuh daripada sembilan beradik itu memberikan peluang kepada peserta lain dan menghadapi kesukaran untuk fokus.
"Peperiksaan akhir saya akan tiba tidak lama lagi. Insya-ALLAH saya akan lepasinya dan masuk ke universiti.
"Saya masih kecil lagi dan ramai yang kata, mudanya 14 tahun telah menduduki IGCSE.
"Tetapi pada usia ini, saya masih belum boleh (melanjutkan pelajaran) ke luar negara tanpa ibu bapa.
"Saya kena tunggu hingga pengajian peringkat ijazah untuk melanjutkan pengajian ke sana," kongsinya.
Warganet memberikan sokongan buat Ara dan memuji tindakannya memilih untuk memberikan fokus kepada pelajaran adalah lebih tepat.

"Keputusan yang baik. Kini, nama Ara semakin dikenali ramai. Insya-ALLAH, sebaik sahaja selesai peperiksaan nanti, pasti akan ada lebih banyak peluang dan tawaran yang menanti Ara."
"Bijaknya dia, 14 tahun sudah ambil IGCSE."
"Berpelajaran dan sopan-santun, Ara nampak mahal."
Terdahulu, Ara yang pernah mendedahkan akan memilih bidang psikologi di peringkat universiti pada tahun depan.
Katanya, psikologi adalah bidang yang diminatinya sejak sekian lama kerana melihat fungsi otak manusia yang kompleks dan penuh misteri.
Ara, atau nama penuhnya Puteri Nur Azzahra, merupakan cahaya mata hasil perkahwinan ketiga pengarah terkenal Aziz M Osman dengan bekas isteri, Puteri Lily Lokman.
Terdahulu, Ara tampil dalam sebuah projek lagu Aidilfitri berjudul Raya Gen Z, bergandingan bersama tiga lagi selebriti muda iaitu Cik B, Qadejah Aliff Syukri dan Alyssa Dezek.
Menerusi tinjauan SinarPlus, IGCSE diselia oleh University of Cambridge International Examinations, Edexcel dan OxfordAQA.
Sijil IGCSE diiktiraf kebanyakan insitusi dalam dunia. Sama seperti lepasan SPM, pelajar lepasan IGCSE boleh memilih untuk meneruskan pendidikan sama ada ke peringkat A-Level, International Baccalaureate (IB) atau Foundation (Asasi).
Sumber: Instagram
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

