Baca talkin anak sendiri, imam kongsi pemergian putera tunggal jatuh lubang kumbahan. 'Arwah mahu terus masuk syurga'

Iklan

"DAH lama juga dia tanya soalan ini, kalau meninggal dunia masa kecil boleh terus masuk syurga ke? Kalau macam tu dia mahu meninggal masa kecil. Bila dia kata begitu, saya tanya kenapa cakap macam tu. Saya tak mahu dia berfikir begitu."

Demikian cerita si ayah yang tidak menyangka pertanyaan itu bukan bualan kosong apabila anak kedua daripada empat beradik pergi selamanya dalam tragedi menyayat hati.

Iklan
Iklan

Kisah sayu pemergian tragis murid Tahun Tiga, Abdul Fattah Khairul Rizal, ini tular dan meruntun jiwa sesiapa sahaja yang mendengarnya. 

Ditemukan tidak bernyawa selepas terjatuh ke dalam lubang kumbahan sedalam 1.8 meter berhampiran di kawasan sekolah, bapa, Khairol Rizal Mustafar terdahulu berasa tidak sedap hati apabila menerima berita kejadian itu.

Iklan

Khairol Rizal yang juga Imam 2 Masjid Khairiah dan Yang Dipertua (YDP) Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) berada di lokasi sepanjang program hari sukan di Lenggeng.

Iklan

"Bila dengar ada budak jatuh, saya tak terus ke tempat kejadian tapi saya pergi padang dulu nak tengok keadaan anak-anak saya.

“Ketika itu saya ke padang untuk mencari anak-anak. Saya jumpa anak ketiga dan rasa lega, tetapi Abdul Fattah tidak kelihatan. Apabila bertanya kepada kawannya, Naufal, dia jawab ‘Ustaz, Abdul Fattah tak ada’.

“Masa itu hati saya sudah rasa tak sedap. Tidak lama kemudian seorang guru maklumkan mangsa yang terjatuh ke dalam lubang kumbahan adalah anak saya,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di Unit Perubatan Forensik Hospital Rembau.

Artikel berkaitan:

Khairol Rizal berkata, anaknya dibawa naik dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum diberi bantuan pernafasan (CPR) hampir setengah jam oleh petugas perubatan.

“Saya tidak pasti bagaimana kejadian itu berlaku. Ada yang kata terdengar bunyi sesuatu jatuh, tetapi saya sendiri tidak tahu mengapa arwah berlari ke kawasan belakang bangunan.

“Doktor di situ beritahu arwah sudah tiada, tapi saya tetap minta CPR diteruskan dalam ambulans hingga ke hospital. Namun akhirnya doktor sahkan anak saya tidak dapat diselamatkan kerana terlalu banyak air masuk ke paru-paru.

Bercerita lanjut, beliau berkata, arwah tidak menyertai sebarang acara balapan pada hari sukan tersebut kerana tidak terpilih dalam saringan sebaliknya ke sekolah untuk meramaikan program saja.

“Saya tidak mengetahui secara tepat bagaimana kejadian berlaku, namun dimaklumkan ada orang terdengar bunyi sesuatu jatuh.

"Saya pun tak tahu apa tujuan dia ke belakang bangunan, tak tahu kenapa dia berlari ke situ,” katanya lagi.

Meskipun sedih kehilangan anak lelaki tunggal dalam keluarga namun beliau tetap menyerahkan sepenuhnya kepada polis untuk siasatan.

Menerusi sebuah hantaran video di TikTok Nanad, suasana sayu pengebumian Allahyarham.

Bapa, Khairul Rizal diihat menenangkan isterinya dan membacakan talkin buat puteranya sendiri.

"Bermainlah di taman syurga wahai anakanda Fatah.

“Selalunya, kalau ada kematian, ayah arwah yang akan membacakan talkin… Tapi kali ini, anakandanya sendiri pula yang pergi. 

"Semoga Ustaz Khairul dan sekeluarga diberikan kekuatan menghadapi ujian ini,” titip Nanad.

Sumber: Sinar Harian 1, 2, TikTok