Bayi 6 bulan meninggal lemas tertiarap di taska, bapa reda terima takdir. 'Marah pun anak saya tak boleh hidup'

No Image Caption
A
A
A

TIDAK dapat bayangkan betapa hancurnya hati ibu dan bapa apabila terpaksa menerima kenyataan permata hati yang disayangi kini sudah tiada dalam sekelip mata.

Dalam kejadian di Kampung Padang Temu, Melaka, sepasang suami isteri, bapa, Muhammad Faiz Adli Mohd Khatib, 33, dan  isterinya, Nur Saadah Zamri, 33, kehilangan anak kedua dalam jagaan pengasuh sebuah Taman Asuhan Kanak-kanak (taska).

Si kecil, Allahyarham Saif Fahri Muhammad Faiz Adli, enam bulan ditemukan tidak sedarkan diri dalam keadaan tertiarap dipercayai lemas dengan muka sudah kebiruan.

Insiden itu disedari pengasuh taska berkenaan kira-kira jam 5 petang yang kemudian membawa bayi tersebut kepada pengusaha taska sebelum dikejarkan ke Klinik Utama Ujong Pasir untuk pemeriksaan lanjut.

No Image Caption

Doktor cuba memberi bantuan pernafasan kecemasan (CPR) sementara menunggu bantuan ambulans tiba

Bayi berkenaan kemudian disahkan meninggal dunia ketika ketika sekali lagi bantuan CPR cuba diberikan  dan disahkan dirujuk ke Hospital Melaka. 

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit mengesahkan menerima laporan kes berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.

Artikel Berkaitan:

Sumber itu berkata, pemeriksaan ke atas badan bayi berkenaan tidak menemui sebarang kesan perbuatan unsur jenayah.

Marah pun anak saya tak boleh hidup

Reda menerima takdir anak lelaki tersayang sudah tiada, Muhammad Faiz tidak menyalahkan pihak taska dan berharap ada hikmah yang menanti selepas.

Dalam emosi penuh sebak, beliau menyatakan tidak mahu menyalahkan mana-mana pihak terutamanya taska kerana ia tidak boleh menyembalikan nyawa satu-satunya nyawa anak lelaki kedua daripada dua adik-beradik itu.

"Saya hanya mampu reda, kalau saya marahkan pun anak saya bukannya boleh hidup semula, anak saya dah mati,"katanya.

Foto: Facebook Faiz Adli
Foto: Facebook Faiz Adli

Dedahnya, beliau tidak mempunyai masalah dengan pihak taska sejak anak sulungnya dihantar di situ dan Saif dihantar sejak berusia tiga bulan.

Malah anak perempuannya memaklumkan pengasuh tidak pernah memukul mahupun memarahi anak-anak di taska.

"Saya pun tak sangka, sebab kepada anak saya yang sulung kami selalu bertanya taska itu macam mana? Teacher macam mana? Makan macam mana? 

"Dia cakap, teacher baik, teacher sayang. Tak pernah pukul, tak pernah marah. Memang hantar dia, sama juga. 

"Saif, saya hantar masa dia umur tiga bulan lepas pantang. Kakak dia sulung pun kami hantar di taska itu sampai sekarang.

"Darii dia kecil  lagi Alhamdulillah, semua okey. Tak pernah mereka dipukul atau diapa-apakan. 

"Tapi itulah, mungkin nak jadi penyebab untuk JKM ambil tindakan lebih menyeluruh, upgrade, make sure ada training  dan peraturan lebih ketat.

"Saya pun tak tahulah apa yang sekarang ini punya.Mungkin ada lompong lagi kah? Mungkin dari kes anak saya ini boleh jadi untuk buat jadi lebih baik," kongsinya kepada Sinar Harian.

Sumber: Sinar Harian

 

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang