'Kami masih berada dalam keadaan baik' – Ardell Aryana kongsi situasi, teruskan misi walau diugut & mohon doa

Iklan
Foto: Instagram Ardell Aryana, AFP

PELAKON dan aktivis kemanusiaan Sumud Flotilla, Ardell Aryana memaklumkan bahawa seluruh anggota misi berada dalam keadaan baik setakat ini, walaupun menerima ugutan daripada pihak tidak dikenali.

Menerusi hantaran di laman sosial peribadinya, Ardell menegaskan, mereka tidak akan berpatah balik dan tetap akan meneruskan perjalanan menuju ke G4z4.

Iklan
Iklan

"Hasbunallah wanikmal wakil. Buat keluarga dan rakan-rakan media sosial, kami masih berada dalam keadaan baik. 

Iklan

"Apa jua laknatullah ugut atau bertindak menakutkan, kami masih tetap terus kan perjalanan kami menuju ke G4z4, insya-ALLAH! Sedikit lagi, terus mendoakan," titipnya.

Iklan

Memetik Sinar Harian, konvoi berkenaan berada dalam keadaan penuh berjaga-jaga selepas menerima laporan peningkatan aktiviti dron di ruang udara laluan misi.

Terdahulu, pengasas Cinta Salam Malaysia (CSM) Ahmad Musa Al-Nuwayri Kamaruzaman memuat naik hantaran memaklumkan perjalanan mereka semakin menghampiri destinasi.

"Terkini berbaki 248 kilometer lagi sebelum kami tiba di G4z4. Dijangkan satu hari 17 jam perjalanan.  Ya Rabb permudahkan," titipnya di Instagram.

Media pada Selasa melaporkan Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC) menjangkakan misi Global Sumud Flotilla akan memasuki zon merah pada Rabu jam 7 petang waktu Malaysia.

Difahamkan, zon merah akan dipecahkan kepada tiga zon iaitu zon satu, dua dan tiga yang dikategorikan sebagai kawasan kritikal.