'Hanya 100 batu nautika dari G4z4. Doakan kami.' Farah Lee kongsi, Sumud Flotilla memasuki zon merah

Iklan

PEMPENGARUH dan aktivis Farah Lee memaklumkan konvoi Sumud Flotilla telah memasuki zon merah. 

Farah atau nama sebenarnya Nurfarahin Romli memohon doa orang ramai bagi menempuh perjalanan yang semakin hampir ke G4z4.

Iklan
Iklan

"Alhamdulillah setelah pelbagai cabaran dan halangan Farah Lee dan team Sumud untuk sampai kesini berjaya ditempuh, kini cabaran utama bakal bermula!

"Hanya 100 batu nautika untuk tiba di G4z4. Doakan kami!' kongsinya.

Iklan

Sementara itu, PU Rahmat Ikhsan turut berkongsi kemas kini yang sama menerusi Facebook. 

Iklan

"Allahuakbar, kita sudah memasuki zon merah.

"Langit ini adalah langit yang sama kami kongsi dengan rakyat G4z4.

" Langit ini akan jadi saksi perjuangan kita semua.. Kekal sumud,' titipnya. 

Zon merah pada jarak 100 batu nautika dari G4z4 adlah kawasan di mana kapal-kapal flotilla sebelum ini telah dipintas oleh Isr4el.

Pada Jun 2025, kapal Madleen telah dipintas pada jarak 110 batu nautika.

Manakala,  kapal Handala telah dipintas pada jarak 70 batu nautika dari pantai G4z4 pada Julai 2025.