'Amaran belayar ke Isr4el atau patah balik'. Mesej terakhir Farah Lee tular, ramai aktivis Sumud Flotilla dari Malaysia terputus hubungan

Iklan

[DIKEMAS KINI] Mesej terakhir pempengaruh dan sukarelawan, Farah Lee sebelum terputus hubungan meruntun hati. Laman sosial badan kebajikan diasaskannya, fl.childrity, aktivis berusia 35 tahun itu sempat menerangkan amaran diterima.

"Isr4el beri amaran sama ada belayar ke Isr4el atau patah balik.

Iklan
Iklan

"Kalau berdegil dia cakap ini adalah amaran terakhir dan akan apa-apakan kapal kami," tuturnya menerusi voice note.

Iklan

Pihak fl.childrity memaklumkan ia adalah komunikasi kali terakhir mereka.

Iklan

Bernama berkongsi senarai rakyat Malaysia yang ditahan tentera Israel dalam misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza setakat 7.50 pagi:

Kapal Hio:

1.Heliza Helmi

2.Nur Hazwani Afiqah Helmi

Kapal Grande Blu:

1. Norfarahin Romli (Farah Lee)

2. Danish Nazram Murad

Kapal Huga:

1. Nur Fazelah Mad Tahil (Zizi Kirana)

Kapal Sirius:

1. Haikal Abdullah

2. Muaz Zainal

3. Zulfadhli Khairudin

4. Rusydi Ramli

Kapal Alma:

1. Iylia Balqis

2. Musa Nuwayri

3. Sul Aidil

Sementara itu, lima lagi rakyat Malaysia yang menyertai misi itu dilaporkan terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC).

Kapal Estrella:

1.PU Rahmat

2.Norhelmi

3.Mohd Asmawi

4.Norazman

Kapal Mikeno:

1. Nurul Hidayah Mohd Amin atau lebih dikenali sebagai Ardell Aryana

Terdahulu, memetik Sinar Harian, setakat jam 7.50 pagi waktu Malaysia, seramai 17 rakyat Malaysia dilaporkan terputus hubungan dengan SNCC selepas kapal mereka dipintas.

Turut ditahan aktivis terkenal dari Sweden, Greta Thunberg, dan disahkan dibawa ke sebuah pelabuhan Israel.

Sekadar info, jumlah keseluruhan rakyat Malaysia yang terlibat dalam misi tersebut ialah seramai 23 orang.

Sumber: Instagram, Sinar Harian, Bernama