'Maafkan salah adik, halalkan segalanya' – Mesej terakhir Haroqs sukarelawan termuda Sumud Flotilla Malaysia undang sayu

Iklan

PESERTA termuda dari Malaysia bagi Misi Kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza, Muhammad Hareez Adzrami lebih dikenali sebagai Haroqs dilihat mencuri tumpuan warganet.

Hantaran IG Story daripada peserta termuda dari Malaysia bagi Misi Kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza, Muhammad Hareez Adzrami atau lebih dikenali sebagai Haroqs dilihat mencuri tumpuan netizen

Iklan
Iklan

Rakaman mesej antara juruvideo itu dan ibu bapanya sebelum berdepan rejim Isr4el menyentuh emosi ramai pihak di media sosial.

Iklan

Salah satu tangkap layar mesej menunjukkan Haroqs sedang berbual dengan ibunya, yang sempat mengirimkan ucapan penuh kasih sayang kepada juruvideo antarabangsa itu sebelum mereka tidur.

Menggelarkan dirinya sebagai ‘adik’,  Haroqs sempat memberikan ucapan sayang dan kata-kata semangat kepada ibunya  bahawa mungkin akan ada berita gembira pada hari keeesokannya.

Iklan

Sementara itu kepada bapa, Haroqs memberitahu bapanya bahawa yang bakal berhadapan dengan tentera Zi0nis. Ucapan sayang dititipkan dan dibalas dengan doa serta pesanan ringkas — “jaga diri.”

"Tak lama lagi adik akan berhadapan tentera mereka, doakan baik-baik. Adik sayang pa, jaga diri baik-baik.

"Maafkan salah silap adik dan halalkan segalanya," titipnya.

Haroqs menaiki kapal Free Willy dipintas rejim zionis di perairan antarabangsa pada pukul 7.53 pagi Khamis (waktu tempatan).

Sumber: Thread