'Dan akhirnya, kami bertiga' - Putera Abdul Mateen bakal bergelar bapa, Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah kini hamil anak sulung

Iklan

PUTERA Brunei, Pengiran Muda Abdul Mateen, mengumumkan bahawa baginda dan isteri, Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam, bakal menimang cahaya mata pertama mereka.

Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh Putera Mateen menerusi hantaran di Instagram.

Iklan
Iklan

"And then there were 3," titipnya.

Memaparkan foto hitam putih pasangan diraja itu saling berpandangan mesra sambil berpegangan tangan di balkoni manakala 'baby bump' jelas kelihatan.

Iklan

Artikel berkaitan:

Ruangan komen dibanjiri ucapan tahniah daripada warganet yang turut berkongsi rasa gembira menerima khabar berkenaan.

Iklan

Sekadar info, Pengiran Muda Abdul adalah anakanda ke-10 daripada 12 orang adik-beradik dan merupakan putera keempat kepada Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah.

Pasangan diraja berkenaan yang dahulunya rakan sejak kecil diijabkabulkan pada 11 Januari 2024.