Puteri Balqis dedah sudah bertunang, perkenal bapa tiri. 'Jangan keliru, mereka berdua tiada pertalian darah'

Iklan

PELAKON Puteri Balqis dalam hantaran di media sosial menjelaskan status dirinya sebagai tunangan kepada lelaki bernama Didi.

Dalam masa yang sama, pemilik nama Puteri Balqis Azizi, 18, itu juga mendedahkan pengurusnya yang dikenali sebagai Faris ialah bapa tirinya.

Iklan
Iklan

Puteri Balqis yang lebih mesra disapa Aqish akhirnya tampil menjelaskan tentang dua jejaka yang sering dilihat bersamanya.

“Saya perkenalkan Faris, ini bapa tiri tetapi saya tak suka panggil dia bapa tiri. Dia adalah figura yang melangkah ke hadapan sebagai seorang bapa.

Iklan

“Ini pula Didi, dia tunang saya. Mereka berdua tiada pertalian darah, hanya memiliki rupa yang hampir sama, rambut yang hampir sama, vibe dan juga personaliti yang sama,” katanya.

Iklan

Aqish memberikan penjelasan menerusi sebuah video yang dimuat naik di TikTok pada Rabu.

Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Televisyen Asia 2014 itu menjelaskan sebelum ini menerima pelbagai tuduhan yangg mendakwa dia dan ibunya menjalinkan hubungan terlarang sesama ahli keluarga. 

Artikel penuh:

'Buat adikku Fatima...' Puisi Puteri Balqis untuk anak Fazura & Fattah undang sebak

'Saya budak flat, terbiasa tak ada persiapan & cipta raya sendiri.' Puteri Balqis kongsi persiapan raya

“Saya menerima terlalu banyak mesej (direct message) dan komen negatif yang menyerang ibu saya. Ada yang kata tak normal, mata merah dan sebagainya.

“Faris sebenarnya kawan baik ibu dan saya selama lapan tahun. Bermula dengan menjadi kawan baik dan kemudiannya bertukar status menjadi suami kepada ibu saya.

Dalam masa yang sama, Aqish turut menjelaskan  pada awalnya mengalami kesukaran untuk menjelaskan kepada keluarga Didi mengenai keadaan kesihatan ibunya.

Kongsi pelakon muda itu, ibunya Norashikin Mohd Aziz mengalami gangguan kesihatan mental yang serius, namun mengucapkan syukur kerana keluarga Didi memahami dengan situasi tersebut.

"Dulu ketika saya mahu jelaskan keadaan keluarga saya pada Didi, agak nak pecah sebab ibu saya perlukan masa kerana ada masa dia kelihatan normal untuk beberapa jam atau hari.

"Tapi ada masa dia seperti kanak-kanak atau seorang tentera.

"Dia ada gangguan kesihatan mental yang sangat teruk, tapi nasib baik keluarga mentua memahami keadaan kami.

"Ibu saya bukan beban, cuma cabarannya berbeza menjaga seseorang yang selama ini melalui begitu banyak pengalaman hidup yang perit," jelas Aqish.

Sumber: TikTok