'Buat adikku Fatima...' Puisi Puteri Balqis untuk anak Fazura & Fattah undang sebak

No Image Caption
A
A
A

KELUARGA kecil Fattah dan Fazura terus menjadi perhatian ramai termasuklah rakan selebriti. Aktres remaja Puteri Balqis tidak terkecuali menitipkan kata-kata penuh puitis buat anak pasangan itu, Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun.

Melalui kehidupan sebagai anak daripada ibu bapa yang bercerai atau broken child, pelakon yang mesra disapa panggilan Aqish memuat naik hantaran berbentuk puisi berharap agar Fatima membesar dengan cekal selepas penceraian ibu dan bapa.

Walaupun sudah tidak bersama, Fattah dan Fazura tidak akan pernah melupakan tanggungjawab mereka terhadap Fatima.

"Tinggi pengorbanan ayah dan ibumu. Biar ayahmu terpaksa menghilang seketika, namun rindu, tanggungjawabnya pada seorang anak tidak sekali diabaikan walau keadaan memaksa.

"Biar ibumu dihina, kasihnya padamu tiada tara. Kedua-duanya punya cinta yang tinggi buatmu. Masyarakat dan artis cuma memekik, memerli sini sana ketika masih bernyawa. Mengambil tahu untuk beberapa hari cuma.

"Bising seketika, biarkan dengan ilusi mereka.

Bila kau membesar, pasti kau tidak akan menyalahkan sesiapa, seperti mana yang mereka gembar-gemburkan," katanya.



No Image Caption



Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Televisyen Asia 2014 itu turut berkata, orang ramai hanya mengeluarkan kenyataan berdasarkan apa yang mereka lihat, seolah-olah berada di tempat orang yang berdepan masalah.

"Apa yang mereka harapkan padamu, sama seperti apa yang mereka harapkan berlaku padaku, satu waktu dulu.

"Mereka mengharapkan aku membenci ibuku. Sedangkan apabila tiba waktunya aku lebih membenci mereka.

"Tidak pernah sekalipun dibukanya derita sebenar selama lebih 10 tahun. Tapi, sekali dibuka maka bertempiklah mereka mengatakan ini aib.

No Image Caption



"Aku saksi kecil yang berdiam, menyaksikan derita ibuku sekian lama. Maka ini aku tidak peduli lagi kata-kata mereka.

"Malah, kasih kepada ibuku makin kuat. Yang ada dalam diri aku hanya, penyesalan kerana tidak mampu mempertahankannya ketika ibuku menerima hinaan masyarakat dan orang industri," katanya.

Kongsi pelakon 17 tahun itu beliau yakin Fatima akan membesar menjadi anak yang boleh membezakan antara baik dan buruk serta bijak membuat keputusan.

"Tapi ini aku kerana aku cuma ada ibu. Kisah kita sangat berbeza. Masa akan tiba untuk kau lebih bijak, berfikir dalam membuat keputusan.

Artikel Berkaitan:

"Dengarlah luahan mereka, jadilah pengubat derita mereka. Aku pasti tiada ego di hati mereka untuk memohon maaf padamu kerana kau permata yang dikasihi.



No Image Caption



"Terlalu jauh jika dibandingkan derita kehidupan ‘broken child’ yang sebenar. Anak sepertimu masih beruntung berbanding anak seperti kami.

"Maka bergembiralah anak seperti kami. Maka bergembiralah wahai anak kecil. Jangan kau sedih dengan pandangan manusia lain. Kau berhak bahagia," coretnya.

Pada akhir puisi, Puteri Balqis menitipkan ucapan terima kasih buat Fattah dan Fazura kerana telah membesarkan Fatima dalam keadaan yang baik.

Perkongsian pelakon berbakat itu bukan sahaja meraih perhatian warganet malah mendapat respon daripada Fazura.

Menerusi ruangan komen, Fazura berterima kasih dan mendoakan agar Balqis kuat mengharungi ujian yang dihadapinya.

"Masya-ALLAH tabarakallah. Wise words from such a young brilliant lady. Terima kasih adikku Balqis mendoakan yang baik-baik buat kami khususnya anakanda Fatima. You are admireable. Semoga Balqis terus kuat dan berjaya di dunia akhirat. Aammin allahumma aamiin," titip Fazura.

Sekadar info, Puteri Balqis pernah menulis memoirnya bertajuk 38 Poems of Puteri Balqis berdasarkan pengalaman hidupnya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang