Tahniah! Puteri Balqis selamat bertunang

Iklan

PELAKON  Puteri Balqis menerusi hantaran di media sosial berkongsi foto majlis pertunangannya dengan seorang lelaki bernama Didi.

Dalam masa yang sama, pemilik nama penuh Puteri Balqis Azizi, 18, itu turut memuat naik beberapa foto kenangan bersama keluarga kedua-dua belah pihak.

Iklan
Iklan

Pelakon yang pernah meraih Anugerah Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Televisyen Asia 2014 itu kelihatan anggun mengenakan busana serba putih ketika disarungkan cincin oleh wakil keluarga pihak lelaki.

Iklan

Tidak berkongsi tarikh majlis berkenaan, Puteri Balqis atau lebih mesra disapa Aqish menitipkan sebuah puisi indah yang berjudul Surat Dari Ibuku, Kafziel yang ditulis pada 12 Ogos.

Iklan

Aku lahir daripada duka,

Kau dewasa bersama luka,

Maka andai derita menjadi pusaka,

Maka tenanglah,

Pabila kau berjalan bersama kecewa.

Moga kau mampu menggantikan kesedihan dengan kelembutan,

Moga jiwamu yang mati,

Diganti dengan keadilan,

ketenangan abadi.

Andai cinta dan pengorbanan,

adalah wasiat terakhir buatmu,

Maka berlarilah mengejarnya,

Belajarlah dari beban 

yang ditinggalkan oleh rantai waktu.

Moga kau mampu menggantikan pengkhianatan dengan kesetiaan,

Moga ukiran sejuta janji 

diganti seindah sarungan imaginasi.

Andai kejatuhan dan kegagalan 

adalah warisan dariku,

Maka peluklah, rawatlah kalbumu.

Moga setiap penantian

diganti dengan kemenangan,

tiada tolok tandingan.

Moga setiap tangisan, raunganmu

di sepertiga malam

diganti dengan cinta paling dalam.

Moga setiap luluh langkah

bersaksi hanya langit dan bulan merah,

setiap jatuh, gugur tubuhmu 

berpaksi hanya bumi,

Diganti dengan sahabat sejati

sebagai teman penghuni.

Terdahulu, Puteri Balqis memaklumkan telah bertunang dengan Didi dan  menjelaskan bahawa ibunya mengalami masalah berkaitan mental. 

Namun pelakon remaja itu bersyukur kerana keluarga tunangnya memahami keadaan itu.