Fitri Haris terima anugerah Akademik Negara ke-16. 'Semoga pengiktirafan ini jadi inspirasi'

Iklan

AHLI kumpulan nasyid Unic , TS Dr Fitri Haris meraih menerima pengiktirafan melalui Anugerah Akademik Negara (AAN) Ke-16 bagi Kategori Seni dan Kreativiti (Kelompok Seni Persembahan).

Menerusi hantaran di Instagram, pensyarah Pusat Pengajian Pengurusan Industri Kreatif dan Seni Persembahan (SCIMPA) Universiti Utara Malaysia (UUM) itu menzahirkan penghargaan buat mereka yang sentiasa menyokong.

Iklan
Iklan

"Terima kasih kepada Universiti Utara Malaysia (@uumofficial ), khususnya SCIMPA, serta semua warga Pusat Pengajaran Pembelajaran Universiti dan Persatuan Akademia Universiti Utara Malaysia  atas penghargaan dan sokongan berterusan yang diberikan.

Iklan

"Semoga pengiktirafan ini menjadi inspirasi untuk saya terus menghubungkan dunia akademik dan seni kreatif serta membimbing generasi penerus yang akan membawa perubahan dan penambahbaikan dalam bidang ini. Insya-ALLAH," kongsinya.

Artikel penuh: 

Iklan

Pelantun lagu Lafaz Yang Tersimpan itu menyifatkan pengiktirafan diterima sebagai penghargaan terhadap usaha menggabungkan dunia akademik dan industri muzik nasyid.

“Sebagai pensyarah muda, saya bersyukur menerima pengiktirafan ini kerana persaingan melibatkan semua institut pengajian tinggi awam dan swasta,” ujarnya.

Beliau turut memperkenalkan konsep hiburan halal atau muzik Islamik popular di peringkat antarabangsa termasuk di United Kingdom dalam usaha memperkenalkan nilai murni Islam kepada masyarakat bukan Islam melalui pendekatan etnomuzikologi.

Untuk info, AAN merupakan inisiatif Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia (KPT) sebagai pengiktirafan tertinggi kepada ahli akademik yang menunjukkan kecemerlangan luar biasa dalam bidang pengajaran, penyelidikan, penerbitan dan sumbangan kepada masyarakat, sekali gus mengharumkan nama Malaysia di persada ilmu dan dunia kreatif antarabangsa.

Penilaian anugerah ini dijalankan melalui proses yang amat teliti dan berlapis, melibatkan panel pakar akademik, penyelidik, dan tokoh profesional daripada pelbagai universiti serta agensi kebangsaan.