ALHAMDULILLAH, demikian tutur pelakon Datin Almy Nadia selepas anak tiga anaknya meraih anugerah kecemerlangan akademik.
Aktres siri popular Dunia Baru itu berkongsi foto dan video Nur Afrina Arianna, 10; Nur Afrina Aurora, 9; Nur Afrina Ayra, 7; naik ke pentas menerima sijil dan trofi daripada pihak sekolah.
Momen bermakna itu disyukuri dan kejayaan akademik disifatkannya sebagai hadiah pada penghujung tahun ini.
Amy sempat menitip nasihat agar tiga puterinya terus berusaha lebih keras pada masa hadapan.
"Tahun ni Alhamdulillah syukur ada manis-manis di hujung tahun. Buah tangan daripada tiga beradik ini buat mama papa happy @fizzfairuzofficial.
"Alhamdulillah. Tahun depan usaha lagi ok anak-anak," titip Almy.
Warga maya mengucapkan tahniah dan mendoakan tiga cahaya mata pasangan itu terus cemerlang pada masa akan datang.
Baru-baru ini, Fizz Fairuz juga meraih sijil melalui program Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) pada Majlis Konvokesyen kelapan Akademi Kreatif Meatech.