22 jam terbakar, 44 maut pangsapuri terbakar di Hong Kong runtun hati masyarakat dunia. Tiga ditahan membunuh tanpa niat

Iklan

SELAMA 22 jam terbakar, pangsapuri 31 tingkat  di Wang Fuk Court, daerah Tai Po, Hong Kong meragut 44 nyawa.

Kebakaran itu mula dilaporkan pada jam 2.51 petang pada hari Rabu dan tidak lama kemudian ia merebak menjadi kebakaran besar (inferno) dengan gumpalan besar asap gelap berkepul-kepul tinggi ke langit di lokasi di Wang Fuk Court, dan api merebak dengan pantas ke tujuh daripada lapan blok di estet perumahan itu.

Iklan
Iklan

Kebakaran itu pada mulanya diklasifikasikan sebagai kebakaran amaran peringkat satu tetapi segera dinaikkan kepada peringkat empat menjelang jam 3.34 petang dan kemudian ke tahap tertinggi iaitu peringkat lima pada jam 6.22 petang. 

Iklan

Pihak polis tempatan berkata, mereka menerima pelbagai laporan mengenai orang ramai yang terperangkap di dalam bangunan yang mana kebakaran bermula, dengan seorang lelaki dan seorang wanita dilaporkan tidak sedarkan diri dan mengalami kesan lecur sebagai antara mangsa pertama.

Rakaman awal dari tempat kejadian menunjukkan perancah buluh di luar beberapa flat bangunan itu dengan pantas marak menjadi api yang berpusing-pusing, sebelum sepenuhnya ditelan oleh beberapa tiang api yang menjulang tinggi. Sebahagian daripada jaring perancah hijau yang terbakar telah jatuh ke tanah.

Iklan

Difahamkan, polis telah menahan tiga eksekutif syarikat pembinaan iaitu dua orang pengarah dan seorang perunding kejuruteraan disyaki membunuh tanpa niat.

Seramai 45 lagi orang masih berada dalam keadaan kritikal di hospital.

Untuk rekod, Wang Fuk Court ialah sebuah kompleks kediaman 2,000 unit yang terdiri daripada lapan blok kesemuanya dan sedang menjalani pengubahsuaian pada masa kebakaran berlaku.

Pakar berkata perancah buluh berkemungkinan penyebabkan yang menyebabkan api merebak dengan pantas antara bangunan.

Ketua Eksekutif Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong (HKSAR), John Lee, K berkata kerajaan mungkin menangguhkan pilihan raya umum pada 7 Disember, menyifatkan kebakaran itu sebagai malapetaka besar.

Sekadar info, Wang Fuk Court mula diduduki pada Jun 1983. Ia terdiri daripada lapan blok dengan sejumlah 1,984 unit kediaman