HILANG tanpa khabar selama 10 hari, nasib seorang wanita terjawab apabila jasad yang ditemui di dalam sebuah beg di rumah tidak berpenghuni di Pedas dipercayai miliknya.
Berita menggemparkan itu didedahkan Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Alzafny Ahmad. Jasah berkenaan disyaki berkaitan kes orang hilang yang dilaporkan di Balai Polis Ampang Jaya, Selangor pada 15 Disember lalu.
Selepas laporan dibuat, pada 18 Disember polis di Balai Polis Pedas menerima satu laporan dan berdasarkan maklumat dalam laporan itu, polis pergi ke sebuah rumah di Jalan Pedas–Linggi untuk siasatan lanjut.
"Bertindak atas maklumat, polis telah pergi ke sebuah rumah di Jalan Pedas-Linggi untuk pemeriksaan lanjut dan telah mengesan unsur-unsur berlakunya perlakuan jenayah di kawasan belakang rumah tersebut," katanya kepada Sinar Harian.
Pemeriksaan lanjut telah menjumpai satu beg mengandungi mayat seorang perempuan yang ditanam.
Pada jam 11.59 pagi, polis dilihat mengusung satu mayat yang dibalut dengan plastik hitam untuk tindakan lanjut.
Kini polis kini sedang giat menjalankan siasatan dan usaha mengesan individu yang disyaki terlibat manakala kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Artikel berkaitan:
- 38 hari gagal dikesan, rangka ditemui bersama pakaian dipercayai milik Mila Sharmila, berikut kronologi kehilangannya
- Suami reda pemergian Cikgu Istiqomah. 'Satukanlah aku dengan bidadari syurgaku...'
- Pulanglah Cikgu Istiqomah... 6 bulan hilang, suami setia tunggu kepulangan, berikut kronologinya
- Separuh anggota hilang ditemui 90% dikatakan milik Bella, kakak pohon doa. 'Moga yang lain juga dijumpai'
Orang awam yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian ini diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi hotline Ibu Pejabat Polis Daerah Rembau di talian 06-6852222.
Terdahulu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Khairul Anuar Khalid berkata, pihaknya telah menerima laporan berkaitan kehilangan Suri Narudin, 53, sejak 8 Disember daripada ibu saudara wanita berkenaan.
"Wanita berkenaan telah membuat laporan di Balai Polis Ampang berhubung kehilangan anak saudaranya.
"Kita telah membuka kertas siasatan, kes diklasifikasikan Orang Hilang, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengesan wanita itu," katanya.
Jasad berkenaan telah dihantar ke Hospital Rembau dan proses bedah siasat bagi mengenal pasti punca sebenar kematian dijangka pada Jumaat.
Rumah kosong berkenaan sudah tidak berpenghuni sejak dua tahun lalu. Menurut anak pemiliknya, mereka hanya pulang sesekali untuk mengambil barang serta membersihkan kawasan.
Terdahulu, penyanyi era 90-an, Mac Ruhayu berkongsi hebahan sahabatnya yang hilang.
Menerusi tinjauan SinarPlus, Suri yang juga pemilik akaun TikTok Maksu Kachak memiliki lebih 55,000 pengikut di laman sosial itu.
Sumber: Sinar Harian 1, 2, 3, 4