Suami reda pemergian Cikgu Istiqomah. 'Satukanlah aku dengan bidadari syurgaku...'

No Image Caption
A
A
A

PEMERGIAN guru,Istiqomah Ahmad Rozi terus dirasai ahli keluarga terutama suaminya, Mohd Yusoff Mokhtar. Lapan bulan menanti kepulangan namun kembali ke rahmatullah dalam keadaan tragis, lelaki itu meluahkan reda kehilangan isteri tersayang menerusi hantaran di Facebook..

"Alhamdulillah, semua orang sayang arwah Istiqomah Ahmad Rozi. Semua orang tahu kebaikan dia lakukan..

"Hanya itu sahaja yang saya dapat lakukan. Saya reda semuanya sayang dan ikhlas lepaskan sayang bersama Sang Pencipta.

"Damai dan tenanglah bidadarik syurgaku. Tempatkanlah isteriku dalam kalangan para syuhada. Tunggu sayang di sana ya, aamiin," titip Mohd Yusoff.

Dalam hantaran terbaharu, bapa kepada tiga cahaya mata itu mendoakan agar mereka dipertemukan lagi.

"Tenanglah sayang di sana. walau pun perit, perancangan ALLAH lagi cantik.

Artikel Berkaitan:

"Ya ALLAH,satukanlah daku dengan bidadari syurgaku, aamiin ya Rabb, al-Fatihah," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, juruteknik berkenaan turut menyatakan rasa berat hati untuk untuk ke hospital terbabit bagi menuntut jenazah isterinya.

No Image Caption

"Alhamdulillah, penantian saya berakhir selepas lapan bulan tidak putus-putus ikhtiar mencari Istiqomah di merata tempat.

"Walaupun dapat berita yang menyedihkan ini, kami sekeluarga reda dengan ketentuan-NYA.

"Setidak-tidaknya ada juga kubur untuk saya dan anak-anak serta keluarga ziarahi kelak.

"Insya-ALLAH, saya akan bawa balik ke Kelantan untuk dikebumikan dan jika sempat hari ini, kita akan kebumikan hari ini juga... jika tidak, kita akan buat keesokan paginya," katanya.

Sementara itu, ibu Allahyarham, Saliha Ya mengesahkan pelbagai pelbagai untuk pengebumian Allahyarham telah dibuat di di Pasir Mas, Kelantan.

Jelasnya, urusan tuntutan jenazah anak sulung daripada dua beradik itu di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Melaka (HM) boleh dilakukan mulai jam 12 tengah hari atau selepas jam 2 petang hari ini.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Ashari Abu Samah berkata jenazah guru itu diserahkan kepada keluarganya dalam keadaan tanpa kaki dan tangan.

No Image Caption

Katanya, keluarga Allahyarham iaitu suami, ibu dan bapanya telah diterangkan bagaimana keadaan jenazah (tidak sempurna) dan jenazah Allahyarhham dimandikan di Unit Forensik Hospital Melaka.

Ashari turut memaklumkan ada lagi bahagian (anggota badan) yang belum ditemui manakala jenazah yang diserahkan hari ini bukan dalam keadaan sempurna. Hanya bahagian yang ditemui di peringkat awal dan kedua sahaja diserahkan kepada waris.

Terdahulu, pada 31 Disember lalu mayat Allahyarham ditemui dengan keadaan badan tanpa kepala, kaki dan tangan, manakala kepala dan tulang jarinya ditemukan selepas tangkapan suspek pada 5 Ogos lalu.

TIADA PENGAKUAN DARIPADA TERTUDUH

Tertuduh, Mohd Fadzly Ariffadzilah, 36, hanya mengangguk faham namun tiada pengakuan direkodkan di hadapan Majistret Dr Teoh Shu Yee.

Mengikut pertuduhan, lelaki terbabit telah membunuh Allahyarham antara 26 Disember 2023 hingga 31 Disember 2023 di tepi jalan Kampung Tanjung Rimau Luar Pulau Sebang, Alor Gajah, Melaka.

Shu Yee pada penghakimannya menetapkan 22 Oktober ini sebagai sebutan semula kes dan lantikan peguam.

Berikutan itu tertuduh telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

No Image Caption

Sabit kesalahan, boleh dihukum gantung sampai mati dan sekiranya tidak dihukum gantung, boleh dihukum penjara maksimum 40 tahun serta sebat tidak kurang daripada 12 sebatan.

SinarPlus terdahulu melaporkan beliau ditahan selepas dipercayai melakukan pembunuhan kejam terhadap mangsa yang juga guru Sekolah Kebangsaan (SK) Kota Masai 3 yang dilaporkan hilang sejak 27 Dis lalu.

Ia susulan misteri penemuan mayat tanpa kepala, kaki dan tangan yang disumbat dalam tong sampah dan dibuang ke longkang di Kampung Tanjung Rimau, Pulau Sebang, di sini 31 Disember lalu terjawab apabila ia disahkan milik guru wanita berkenaan.

Ia disahkan berdasarkan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang dilakukan terhadap ibunya pada 2 Ogos lalu mendapati ia sepadan dengan mangsa yang dilaporkan hilang sejak 27 Disember tahun lalu.

Sumber: Sinar Harian, Harian Metro, Facebook

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang