Bukan calang-calang, anak Abby Abadi & Norman Hakim 'sapu' 4 anugerah cemerlang sekolah. Pesan ibu undang air mata

Iklan

PELAKON dan penyanyi Abby Abadi meluahkan rasa syukur yang tidak terhingga apabila anak ketiganya, Maria Danisha Hakim, 17, mencipta pencapaian membanggakan dengan meraih empat anugerah cemerlang serentak di sekolah.

Dalam hantaran di Instagram, Abby atau Arbaiyah Abdul Manan memuat naik foto memaparkan momen indah puterinya itu 'naik pentas' menerima anugerah pada Majlis Sambutan Kecemerlangan Sekolah pada Sabtu.

Iklan
Iklan

Danisha yang kini berada di Tingkatan Lima dan sedang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia berjaya menggondol Anugerah Prestasi Terbaik tujuh subjek, merangkumi Bahasa Melayu, Matematik, Sejarah, Pendidikan Islam, Tasawwur Islam, Prinsip Perakaunan dan Ekonomi.

Artikel berkaitan

Iklan

Iklan

Lebih manis, kejayaan tersebut turut disusuli dengan Anugerah Prestasi Keseluruhan Terbaik Tingkatan Lima, Anugerah Kepimpinan Ansor dan Anugerah Valedictorian sekali gus membuktikan kecemerlangan akademik serta sahsiah yang seimbang.

"Terima kasih kepada guru-guru. Tahhiah Baby besar mama untuk pencapaian hari ini. Sayang Baby mama.

“Love you lillahitaala. Syukur ya ALLAH atas rezeki pencapaian ini.

"Mama, abah, papa dan mummy sentiasa mendoakan kejayaan Baby bukan sekadar untuk dunia, tetapi membawa ke akhirat,” titipnya penuh emosi.

Anggota kumpulan Elite itu turut merangkaikan pesanan menyentuh hati buat Danisha agar sentiasa menjaga hubungan dengan ALLAH dalam setiap langkah kehidupan.

“Terus jaga diri. Jaga solat, jaga aurat dan jaga hak ALLAH sebaiknya. 

"Teruskan belajar kerana ALLAH, sebagai bekalan akhirat,” pesannya.

Sementara itu, bekas suaminya, pelakon dan pengacara Norman Hakim turut menzahirkan rasa bangga terhadap pencapaian Danisha. 

"Pencapaian ini melangkaui kecemerlangan akademik semata-mata. 

"Ia menjadi bukti kepada disiplin, konsistensi, integriti intelektual serta ketekunan yang tidak berbelah bahagi sepanjang perjalanan pendidikannya. 

"Semoga kejayaan ini bukan sekadar detik untuk diraikan, malah menjadi asas kukuh bagi memikul tanggungjawab yang lebih besar, memperluas pengaruh positif serta memberi sumbangan bermakna kepada masyarakat pada masa hadapan," titip Norman.

Selain Maria Danisha, Abby dan Norman memiliki dua cahaya mata daripada perkahwinan bersama iaitu Mohd Danish Hakim, 22, dan Marissa Dania Hakim, 20.

Selepas berpisah pada tahun 2008, Norman berkahwin dengan Memey Suhaiza dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Muhammad Darwisz Hakim, 11, Muhammad Dikhriz Hakim, 9, dan Mikayla Delisha Hakim, 6.