Norman Hakim sebak anak ketiga raih 8A, CGPA 3.96. 'Alhamdulillah pencapaian terbaik Baby Danisha'

No Image Caption
A
A
A

PELAKON dan pengacara Norman Hakim meluahkan perasaan sebak selepas menerima keputusan peperiksaan anak ketiganya, Maria Danisha Hakim, 16.

Pemilik nama Mohamed Nurhakim Zaidon itu berkongsi momen bermakna itu ketika menghadiri sesi dialog prestasi pelajar di sekolah Maria Danisha.

Lebih membanggakan, bapa kepada enam cahaya mata itu menerima keputusan cemerlang Maria Danisha yang mencatat Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 3.96 dan meraih 8A.

No Image Caption

"Alhamdulillah syukur nikmat pencapaian terbaik dari exam sebelum untuk Baby Danisha.

"8A daripada 10 subjek dengan CGPA 3.96 berbanding 5A sebelum ini.

"Papa syukur, happy, sebak, bangga, terima kasih semua ada," luah Norman.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

Beliau dalam masa yang sama berharap anak perempuan keduanya itu memastikan momentum kecemerlangan diteruskan menjelang Sijil Pelajaran Malaysia tahun hadapan.

"Semoga Baby Maria Danisha terus istiqamah dalam mengekalkan momentum dan konsistensi untuk semua subjek hingga peperiksaan akhir tahun.

"Cabaran sebenar adalah untuk SPM tahun depan, 2025," titip Norman tentang harapannya.

No Image Caption

Warganet mengucapkan tahniah buat Maria Danisha yang mesra disapa Baby. Rata-rata memuji pencapaian cemerlang yang wajar dijadikan inspirasi.

"Semoga Baby terus membanggakan ibu bapa, straight A SPM nanti dan mencapai cita-cita."

"Beauty with brain. Cantik manis dan low profile anak Abby dan Norman yang ini. Terus cemerlang Danisha."

"Alhamdulillah, tahniah Baby."

Selain Maria Danisha, Norman memiliki dua cahaya mata daripada perkahwinannya dengan Abby Abadi iaitu Mohd Danish Hakim, 21 yang merupakan huffaz al-Quran dan Marissa Dania Hakim, 19.

Selepas berpisah pada tahun 2008, Norman berkahwin dengan Memey Suhaiza dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Muhammad Darwisz Hakim, 10, Muhammad Dikhriz Hakim, 8, dan Mikayla Delisha Hakim, 5.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang