Puteri Sarah kembali bergelar pelajar, sambung master Pengurusan Perniagaan. 'Permulaan terbaik tahun 2026'

Iklan

PELAKON Puteri Sarah Liyana berkongsi membuka lembaran baharu pada tahun 2026 dengan menyambung pengajian di peringkat sarjana dalam bidang Pengurusan Perniagaan.

Pemilik nama Puteri Sarah Megat Kamaruddin, 40, itu mendedahkan memulakan kuliah bagi pengambilan baharu bulan ini di Innovative University College.

Iklan
Iklan

“Permulaan terbaik untuk tahun 2026 buat saya. Kita jadi pelajar semula. Doakan saya semoga berjaya dalam pengajian sarjana,” titipnya di InstaStory.

Ibu kepada dua cahaya mata itu turut memaklumkan sahabat-sahabatnya termasuk pelakon Janna Nick menjadi sumber inspirasi untuk kembali menggali ilmu.

Iklan

"Saya mengakui menjadikan dua sahabat rapat iaitu Janna Nick dan Sudyr Tahir yang menyambung pengajian mereka.

"Semangat mereka itulah yang membuat saya teruja sambung master," kongsinya.

Iklan

Terdahulu, Puteri Sarah memiliki Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Pelancongan dan Hospitaliti, Universiti Teknologi MARA.