Anak Jamal Abdillah, Yamani selamat konvokesyen, genggam Diploma Seni Muzik. 'Silap-silap separuh jalan, syukur ALLAH mudahkan'

Iklan

TAHNIAH buat penyanyi Yamani yang juga anak sulung kepada Datuk Jamal Abdillah, apabila selamat menghadiri konvokesyen Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).

Menerusi satu hantaran, pemilik nama Osama Yamani itu turut diraikan Jamal dan ibu tiri, Datin Zai Izzati Khairuddin serta bonda tersayang, Intan Noraina Mohd Yusof.

Iklan
Iklan

Yamani, 25, meluahkan rasa syukur dan penghargaan kepada insan-insan penting yang menjadi tulang belakang sepanjang tempoh pengajiannya di ASWARA.

“Terima kasih kepada insan-insan penting dan bermakna dalam hidup saya dan selama saya belajar di ASWARA.

Iklan

“Terima kasih mama, umi, baba, mami, Cikgu Isyam dan orang-orang yang selalu ada selama saya di ASWARA,” tulisnya.

Iklan

Lebih menyentuh perasaan, peserta Big Stage musim ketiga itu secara jujur mengakui dia hampir tidak meneruskan pengajian sehingga ke penghujung.

Yamani itu juga berkongsi kisah perjuangan dalam jurusan pengkhususan gitar moden itu yang hampir terhenti di pertengahan jalan.

“Kalau tidak, silap-silap separuh jalan sahaja saya ni.

"Tapi syukur ALLAH permudahkan dari hari ke hari. Alhamdulillah,” titipnya.

Hantaran berkenaan menerima ucapan tahniah daripada warganet yang rata-rata memberi semangat agar Yamani menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

Yamani terdahulu mendapat pendidikan awal di Sekolah Seni KL di Bukit Jelutong, Shah Alam, Selangor sebelum melanjutkan pelajaran ke ASWARA.

Sekadar info, Yamani adalah anak hasil perkahwinan perkahwinan kedua Jamal dengan Intan Noraina Mohd Yusof. Mereka berkahwin pada tahun 2001 namun pernikahan keduanya itu tidak bertahan lama.