Bapa penyayang, Jamal Abdillah sebak menyanyi bersama anak. 'Real Azura depan mata'

No Image Caption
A
A
A

SIAPA tidak kenal penyanyi legenda, Datuk Jamal Abdillah. Baru-baru ini pelantun lagu Azura mencuri perhatian warganet apabila sebak ketika membuat persembahan bersama anak ketiganya, Nur Azura Yamani.

Menerusi sebuah video tular di TikTok, Azura, 5, dilihat naik ke atas pentas dan disambut Jamal yang sedang mendendangkan lagu Azura iaitu soundtrack filem box office Azura pada 1984.

Jamal yang kelihatan sebak membelai Azura manakala si kecil itu hanya tersipu malu.

"Datuk Jamal Abdillah sebak bila menyanyi bersama Azura," titip pemilik akaun TikTok Aalan Ahmad.

No Image Caption



Warganet juga turut terharu menyaksikan detik bermakna dua beranak itu dalam persembahan pada 12 Oktober lalu.

Malah, tidak kurang yang mengakui vokal Jamal yang tidak berubah biarpun mencecah usia 65 tahun.

No Image Caption



"Real Azura depan mata. Semoga Azura membesar menjadi anak yang berjaya di dunia dan akhirat. Aamiin."

Artikel Berkaitan:


"Dengar lagu ini pun memang sedih, sayu hiba semua ada."

"I think this is the best version of Azura oleh Datuk Jamal Abdillah, melting weh."

"Sudah berusia suaranya sedikit pun tak berubah. Memang power! No auto-tune. Hebat"

Sekadar info, Jamal memiliki enam cahaya mata dan bakal menyambut anak ketujuh awal tahun hadapan.

No Image Caption



Hasil perkongsian hidup dengan Datin Zai Izzati yang dikahwininya pada 1 April 2017, mereka dikurniakan empat anak iaitu Nur Azura Yamani, 5, El Isaac Yamani, 4, Iskandar Rayyan Yamani, 2, dan Rahil Laura Salsabila Yamani yang kini berusia setahun lebih.

Penyanyi itu juga memiliki dua anak lelaki daripada perkahwinan terdahulu iaitu Osama Yamani, 22, dan Ahmad Zaki Yamani, 18.

Sumber: TikTok

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang