'Mama sangat hebat berjuang' – Sedekah jadi pegangan, Ojen Aiwah kongsi kisah ibu lawan kanser

Iklan

PERJALANAN melawan kanser bukan sekadar ujian fizikal, malah menuntut kekuatan emosi seluruh keluarga.

Bagi usahawan, Ojen Aiwah, detik-detik yang dilalui bersama ibunya sepanjang rawatan menjadi fasa paling mencabar, namun penuh pengharapan dan rasa syukur.

Iklan
Iklan

Menerusi satu hantaran di Instagram, Ojen berkongsi perkembangan terkini keadaan kesihatan ibunya yang kini sedang berjuang melawan kanser.

Dalam pada itu, dia turut meluahkan rasa syukur apabila keputusan ujian darah serta imbasan CT (CT scan) menunjukkan perkembangan positif, sesuatu yang disifatkan sebagai hadiah besar buat mereka sekeluarga.

Iklan

Dalam luahannya, Ojen menzahirkan penghargaan dan rasa cinta yang mendalam terhadap ibunya dengan menulis, “Mama, terimakasih kerana berjuang sehingga ke tahap ini.

"Mama, terimakasih kerana mengajar along bahawasanya bersedekah adalah asbab kepada panjang umur," ungkapnya.

Iklan

Dia juga turut memaklumkan, ibunya baharu sahaja sedar daripada pembedahan usus, yang disifatkan sebagai operasi kedua terbesar dalam hidup wanita itu.

Saat itu bukan sesuatu yang mudah untuk dilalui apabila ibunya mengalami kesakitan yang amat kuat.

“Latest update | Mama baru sedar dari operation usus, operation kedua terbesar dalam hidup mama.

"Mama was crying badly sebab kesakitannya 10/10,” kongsinya.

Menurut Ojen, pengalaman tersebut menjadi satu fasa baharu buat mereka sekeluarga.

Pelbagai cara dilakukan bagi menenangkan ibunya yang menahan kesakitan, sebelum akhirnya keadaan bertambah baik.

“Satu pengalaman baru buat mama dan kami sekeluarga. Ojen cari macam-macam solution untuk mama bertenang.

"Alhamdulillah mama sangat hebat berjuang,” tulisnya lagi.

Perkongsian itu turut disusuli berita yang amat menggembirakan apabila doktor yang merawat, Dr Thong, sendiri tertanya-tanya tentang amalan dan pemakanan ibunya selepas melihat keputusan ujian yang memberangsangkan.

“Doc Thong wondering apa amalan mama dan apa pemakanan mama sampai result darah clear, result CT scan clear dan cancer mama tak merebak ke mana-mana organ lain. Satu keluarga menangis,” jelas Ojen.

Sebagai ikhtiar tambahan, Ojen mengakui banyak melakukan kajian berkaitan makanan dan pengambilan suplemen untuk ibunya, walaupun sedar tiada bukti saintifik yang menjanjikan kesembuhan sepenuhnya.

"All the treatment doc susun mama ikut dan disciplined. Dan alhamdulillah, it works on mama,” katanya.

Buat masa ini, ibunya masih perlu menjalani tujuh lagi kitaran kemoterapi.

Namun, perkembangan terkini memberikan sinar baharu apabila peluang untuk terus bertahan semakin meningkat.

"Ojen yakin dan percaya mama pasti sembuh. She is a fighter since day one,” tulisnya penuh yakin.

Dalam masa sama, Ojen turut merakamkan penghargaan kepada pasukan perubatan yang bertungkus-lumus menjaga ibunya sepanjang rawatan di KPJ Damansara.

“Terimakasih Doc Thong, operation berjaya dan terima kasih misi-misi KPJ Damansara yang jaga mama. Syurga buat all frontliners. KPJ Damansara the best,” katanya.

Lebih menyentuh hati, Ojen berkongsi satu amalan ibunya yang menjadi pegangan hidup iaitu bersedekah, walaupun dalam keadaan uzur dan bergantung kepada beg stoma.

“One more thing, sedekah works like magic. Yang mengajar Ojen untuk banyak bersedekah adalah mama.

"Even nurse yang bersihkan najis mama pun mama sedekah walau tak besar jumlahnya,” luahnya.

Menutup perkongsian, Ojen menegaskan dia tidak mengharapkan apa-apa balasan selain doa daripada orang ramai yang sentiasa menyokong mereka sekeluarga.

"Alhamdulillah terimakasih kalian semua orang-orang baik. Terus doakan mama sembuh ya,” katanya lagi.