‘Hello nama saya Indra’ – Siti Saleha umum kelahiran anak sulung

Iklan

TAHNIAH buat pelakon cantik manis, Siti Saleha yang baharu bergelar ibu.

Berkongsi video pendek, aktres drama Dia Imamku memuat naik hantaran tersebut menerusi laman Instagram miliknya.

Iklan
Iklan

Pemilik nama sebenar Siti Saleha Mohd Baharum turut mendedahkan nama anak sulungnya, Indra.

"Hello nama saya Indra," Demikian tulisnya di ruangan kapsyen.

Iklan

Isteri kesayangan Joshua Fitton itu bagaimana pun tidak mendedahkan dengan lebih lanjut mengenai tarikh sebenar kelahiran anak lelakinya itu.

Iklan

Sekadar makluman, bintang yang mencipta nama menerusi drama rantaian popular 7 Hari Mencintaiku itu mendirikan rumah tangga pada 15 Februari 2025 dalam satu acara di sebuah resort mewah di Janda Baik, Bentong, Pahang.

Saleha terdahulu mendirikan rumah tangga dengan Ahmad Lutfi Azhar pada 28 Julai 2017, namun pasangan tersebut kemudiannya berpisah pada 17 Januari 2022. Perkongsian hidup itu bagaimana pun tidak dikurniakan cahaya mata.