Penyumbang terbanyak sedekah makanan, pemurah dan rajin berniaga, kebaikan Nadia Kesuma terus dikenang. 'Moga syurga tempatmu sahabat'

Iklan

PEMERGIAN pelakon Nadia Kesuma mengejutkan rakan selebriti dan para peminat.

Pelbagai kebaikan dilakukan aktres berusia 50 tahun itu dikongsi rakan seperjuangan termasuk pendakwah, Ustaz Taufik Khalil.

Iklan
Iklan

Menerusi sebuah hantaran di Facebook, Ustaz Taufik berkongsi Allahyarham Nadia Kesuma seorang yang pemurah.

"Setiap kali program Sedekah Makanan Sabil UT di Mekah, arwah Nadia Kesumawati ialah antara penyumbang terbanyak.

Iklan

"Moga syurga tempatmu sahabat," kongsinya.

Dalam pada itu, pelakon Serina Redzuawan berkongsi keperibadian Allahyarham yang rajin berniaga, prihatin kepada orang sekeliling dan suka menolong individu dalam kesusahan.

Iklan

"Inalillahiwainalillahirojiun. Terlalu sedih atas pemergian sahabat (yang dianggap seperti) kakak kandung. Semasa mendapat tahu arwah hilang di Jeddah saya cemas susah hati, hari hari dalam solat dan mendoakan Kak Nadia. Selepas mendapat berita dia meninggal dunia akibat serangan jantung, luluh jiwa rasa, air mata mengalir laju. 

"Arwah Kak Nadia baik dan rapat dengan saya dan kami bisnes sama sama di Biorich dan Meem Gold. 

"Arwah selalu ambil berat kawan dan suka membantu orang lain. Sifat lemah lembut Kak Nadia membuatkan semua orang sayang padanya. 

Malah, dia juga tidak dapat menafikan tersentuh dengan luahan suami Nadia, Prof Dr Muhammad Kamil Kabilan Abdullah usai menerima berita pemergian isteri tercinta.

"Allahuakhabar, perginya dengan niat suci untuk mengerjakan ibadah umrah ziarah, moga menjadi asbab ke syurga buat Arwah. Penulisan suami arwah  menyentuh hati. Suaminya menyifatkan arwah isteri setia dan taat serta reda pemergian itu. 

"Moga arwah boleh pilih mana-mana pintu syurga yang di inginkan, aminn," kogsi Serina.

Selain itu, sebuah video tular memaparkan Allahyarham Nadia Kesuma memberikan pesanan kepada usahawan tular di laman sosial Tikok Tirah Wardrobe Umi. Jelasnya, untuk maju dalam perniagaan, seseorang perlu ikhlas dan tiada hasad dengki.

Berita pemergian Nadia mengejutkan para peminat dunia seni tanah air selepas hampir dua hari usaha pencarian di Jeddah dilakukan pelbagai pihak.

Gagal dikesan selepas tiba di Lapangan Terbang Raja Abdul Aziz, Jeddah, Allahyarham mengalami serangan jantung meninggal dunia pada Khamis, 8.07 pagi.

Difahamkan, Nadia menyertai pakej Umrah-London–Paris di bawah sebuah agensi pelancongan bersama 21 jemaah lain berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 1.48 pagi Selasa lalu.

Jenazah pelakon Syaitan Munafik dan Kudeta itu dikebumikan di Jeddah. Pemergian Allaharyam meninggalkan dua anak lelaki dan seorang perempuan berusia antara 11 hingga 15 tahun.

Sumber: Facebook, Instagram, TikTok